Wednesday, November 30, 2011

Sudah 17 tahun makan bedak dan sabun...

makan bedak best tuuu..
makan sabun la plak...

**************

KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. “Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian. “Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.


Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras. “Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila. “Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu. “Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini. Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu. “Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

 *******************

"Jika anda merasa pendapat anda tidak didengar, ketahuilah, sebenarnya
anda tengah belajar untuk menghargai....."


sumber: harian metro

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki yg mempunyai 16 anak dan 14 wanita...


LONDON: Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini. Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi. Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi. Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu. Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan.

Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu.

Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anaknya juga bergantung kepada bantuan kebajikan.
Ibu Cumming, Lorraine yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata, dia malu dengan perbuatan Cumming dan menggesa dia bekerja lebih keras untuk menyara semua anaknya.

“Dia sudah begitu lama menganggur tetapi tidak ada tanda-tanda mahu bekerja. “Kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan walaupun saya begitu menyanyanginya kerana dia anak saya, saya begitu kecewa dengan sikapnya. “Sungguh sukar untuk berdepan dengan keadaan ini tetapi saya berusaha untuk menjenguk semua cucu saya. Dia langsung tidak peduli walaupun dia menyangka dia bapa yang baik kerana tinggal dengan tiga daripada mereka.

Lorraine juga menyelar sikap bebas anaknya dalam memilih teman. “Saya sungguh sedih kerana dia langsung tidak mempedulikan anak sulungnya, Samantha yang saya pelihara sejak dilahirkan. Usia wanita yang digauli anak saya ketika ini tidak jauh beza daripada Samantha. Dia sungguh sukakan gadi remaja. Saya boleh sifatkan dia sebagai pemangsa seks.” Cumming berusia 17 tahun apabila Samantha dilahirkan pada 1995.

Lorraine dan suaminya terpaksa membesarkan Samantha, yang kini berusia 16 tahun, seperti anak mereka sendiri. Antara 1997 dan 2002, Cum- ming menjadi bapa lima anak hasil hubungan dengan lima wanita berlainan. Pada 2004, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilahirkan selang beberapa bulan dan antara Disember 2007 dan Ogos 2008, bekas pekerja bar itu memperoleh tiga lagi anak. - Agensi

sumber : harian metro

Monday, November 28, 2011

Sebelum kita........fikirkan!!!


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali...
 
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan...

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya...

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup...

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tantang kemiskinan..
Fikirkan tetang org lain..yang setiapa hari mencari sesuap nasi..kaki jadi kepala,kepala jadi kaki.terkadang sehari tidak makan dan mereka lupa dan bahkan seakan tidak lagi pandai tersenyum...

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan...

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa...

Sebelum kita mencari kesalahan org lain fikirkan..adakah kita punya kesalahan??

Sebelum kita bangga dgn kecantikan dan katampanan..Fikirkan..sebuah contoh..seorang seperti michael jackson,dan kalangan yg elite ternyata berakhir kedalam kuburan..

Sebelum kita menganggap diri lebih berilmu..
pikirkan..pada salah satu sisi lain..ternyata kita tidak punya kelebihan apa apa yg dimiliki org lain.

Sebelum kita bangga dalam segala hal..
pikirkan..ternyata kesombongan tidak pernah berakhir dgn kebaikan.

berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup,dan masih sempat mengubah diri menjadi lebih baik.
Pikirkan mereka mereka yg tidak lagi sempat bertaubat mati dalam dalam kehinaan..

Semoga menjadi renungan kita bersama.....<3

Saturday, November 26, 2011

Bertolak-tolak Kerana BlackBerry Bold 9790



JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia menyerbu sebuah pusat beli-belah semata-mata untuk membeli telefon bimbit BlackBerry Bold 9790s yang mula dijual di seluruh dunia, semalam. Bimbang berlaku rusuhan, anggota polis mula ditempatkan di jalan berdekatan untuk memastikan lalu lintas, lancar. Dengan tawaran potongan harga 50 peratus daripada harga asal AS$540 (RM1,730) untuk 1,000 pembeli pertama, orang ramai sudah mula beratur panjang di hadapan pusat beli belah Pacific Place sejak malam kelmarin.

Mereka mula menggoncang pagar pada awal pagi semalam. Kira-kira 3,000 orang berang apabila mendengar khabar angin yang telefon bimbit pintar yang dikenali sebagai Bellagio sudah habis dijual.
Beberapa orang pengsan dalam kejadian tolak menolak itu. Sejak beberapa tahun lalu, rakyat Indonesia dilanda ‘gila teknologi’. Dengan pengguna seramai enam juta, BlackBerry mendominasi pasaran telefon bimbit pintar. - AP

Sumber: harian metro

Hasil niaga RM118,000 Fauzi Nawawi lesap



KUALA LUMPUR: “Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi. Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.

Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan. “Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.


“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan. “Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi. “Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.

“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.

Sumber : harian metro

Wednesday, November 23, 2011

Gaya Jalan Nabi Muhammad S.A.W

Abu Hurairah menceritakan, aku tidak pernah melihat seorang pun yg terlebih kacak drp Rasulullah. Cahaya wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar dimukanya. Saya tidak pernah melihat seorang pun yg terlebih lasak berjalan drp baginda seolah-olah bumi menggulung utknya.

Sekiranya suatu ketika baginda di sini, sekejap lagi kelihatan baginda di sana.Walaupun ada ketikanya baginda berjalan secara biasa, kami yg mengikuti baginda terpaksa melangkah dgn susah payah. Baginda tidak berjalan berlenggang-lenggok seperti wanita. Drp gaya berjalannya yg bertenaga dan lasak itu kelihatannya spt menuruni dr tempat yg tinggi.....

~~> Dgn gabungan antara keupayaan melaksanakan tugas dan penampilan serta gaya yg sesuai sbg seseorg..maka kita mampu memancarkan kuasa menarik !!! Gaya berjalan adalah impresi pertama yg HEBAT !...

Thursday, November 17, 2011

Penangan Cinta Minah Salih AS...


KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.
Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu. Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini. Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.


“Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu. “Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit. “Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.
“Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka. “Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni. “Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama. “Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis. “Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. “Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.

sumber: harian metro

Wednesday, November 16, 2011

Imam Tua Isteri Muda...

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu 
pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu. Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.

sumber: harian metro

Tuesday, November 15, 2011

Lelaki amal ilmu hitam dihukum penjara, sebat 300 kali

Berita Luar Negara..

MAKKAH: Seorang warga Afrika telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan sebatan 300 kali oleh hakim di mahkamah di sini kerana mengamalkan ilmu hitam dekat dengan kawasan Jamrah di Mina, pada hari ketiga Hari Raya Aidiladha.
Anggota polis yang berada di sana menahan lelaki berusia 30 tahun itu kerana kelakuannya menimbulkan kesangsian.

Ketika polis memeriksa lelaki itu, mereka dapati banyak kertas yang mempunyai simbol ilmu hitam dan juga tulisan azimat ditubuhnya. Lelaki itu akhirnya mengaku kesalahannya.

sumber: harian metro

Monday, November 14, 2011

Firasat Rasulullah Habibullah Nabi Muhammad S.A.W

Di dalam al-Syama'il disebutkan bahawa Ummu Hani berkata :
***************************
Saya telah melihat Rasulullah s.a.w menyisir rambutnya. Mukanya bercahaya cemerlang. Kulitnya berwarna putih kemerah-merahan, tidak pucat. Dahinya lebar. Alisnya tipis memanjang seolah-olah diukir bersambung. Hidungnya mancung, di atasnya bersinar. Pipinya halus dan rata. Mulutnya lurus, bagi orang Arab, mulut besar pada orang lelaki itu sangatlah terpuji.

Giginya putih bersih, cantik dan agak renggang. Bila tersenyum, berkilaulah cahaya dari giginya itu laksana mutiara. Matanya lebar dan sangat hitam, serta ada sinar merah pd bahagian putih matanya. Lehernya indah, putih laksana perak. Janggutnya lebat. Dari dada smpai ke pusat tumbuh bulu2 halus. Badanya tidak trlalu gemuk dan tidak trlalu kurus. Dadanya bidang sedang perut dan dadanya rata.  Persendiannya besar, demikian pula lengan atas, lengan bawah, peha dan betisnya.

Telapak tangannya sbg tanda kedermawaan. Jari2 tangannya panjang manis, tidak berlebihan. Telapak tangannya lebih lunak drp baldu. Kedua lengan dan bahu berbulu. Kedua telapak tangan dan kakinya besar. Kedua lekuk telapak kakinya renggang dr tanah. Kedua kakinya halus, tidak ada cacat sedikit pon.

Baginda s.a.w berjalan dgn tenang dan mantap, berwibawa, seakan-akan turun dr tempat yg tinggi. Jika menoleh, maka seluruh badannya ikut berpaling, tidak hanya dgn lehernya. Suaranya jelas dan merdu. Badannya sentiasa berbau harum walaupon tidak disentuh minyak wangi dan keringatnya lebih wangi drp kasturi.

Pandangannya ketika Baginda s.a.w diam, lebih byk trtumpu ke bwh drp ke atas. Sbb hal ini lebih mudah utk memusatkan fikiran. Ttp ini tidak menafikan keadaan beliau ketika berbicara, sebagaimana yg diwartakan oleh Abu Dawud bhw jika beliau duduk berbincang-bincang, beliau byk memandang ke arah langit. Byk menundukkan pandangan itu jg mrupakan kinayah akan sifat malu yg sgt. Kebanyakkan pandangannya itu ialah memperhatikan.

Di bahu Baginda Rasullullah agak ke sebelah kiri arah ke jantung, terdapat khatim nubuwah, berupa daging tmbuh berwarna merah agak hitam, sebesar telur burung dara yg di atasnya tumbuh bulu2 halus. Di dlm kitab2 kuno hal ini disebut tanda kenabiannya.

Sewaktu berjalan di belakang para sahabatnya, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan : "Biarkan daerah belakangku utk para malaikat!"....

sumber: buku firasat rahsia mengenal diri, S.H. Alattas

Sunday, November 13, 2011

Senarai Penuh Pemenang AIM18


Artis Baru Terbaik - Najwa
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan
Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor
Lagu Nasyid TerbaikPedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU
Lagu Rock TerbaikPelita/Loque/Loque/A.P.I
Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh
Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu -Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa
Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Anuar Zain / Sedetik Lebih
Video Muzik Terbaik -Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan
Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid
Lagu Terbaik - Yuna
Artis Kembara - Yuna
Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense
Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng


sumber: murai.com

Rahsia kurangkan kolesterol

KUALA LUMPUR: Seramai 30 peserta Cabaran Kolestrol 30 hari Nestle Omega Plus (NOP) berjaya menurunkan tahap kolesterol yang dikehendaki dalam tempoh sebulan demi mendapatkan kualiti hidup lebih sihat dan terjamin. Program diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia itu hasil kerjasama Nestle dan The New Straits Times (M) Press (NSTP) bermula bulan Oktober lalu dan berakhir 2 November lalu. Sepanjang cabaran berkenaan, setiap peserta dibekalkan NOP untuk sebulan, selain tips pemakanan dan senaman. Pemenang utama cabaran itu, Shaidah Shafie yang juga wartawan Berita Harian berkata, sememangnya banyak cabaran perlu ditempuh sebelum berjaya menurunkan kolesterol sebanyak 38.9 peratus. “Saya tidak menyangka menjadi pemenang utama namun bersyukur kerana badan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Bukan mudah sebab saya suka memasak dan membuat pelbagai jenis kuih serta kek.


“Saya juga suka menjamu kawan setiap kali mereka bertandang ke rumah. Meskipun begitu, saya menetapkan disiplin terhadap diri sendiri, misalnya mengawal pemakanan dan banyakkan mengambil sayuran hijau dan buah-buahan, selain mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan,” katanya sewaktu ditemui di Balai Berita, semalam. Bagi Zul Hasnizam Abdul Hamid, kesedaran terhadap penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu dunia menjadi iltizam buat dirinya menyertai cabaran ini. Dengan pengurangan sebanyak 22.5 peratus, dia berasa usahanya selama ini berbaloi. “Selepas mengambil keputusan menyertai program ini, isteri saya paling kuat menyokong serta banyak membantu menjayakan misi mengurangkan kolesterol. Saya juga hanya mengambil makanan rebus serta mengelak makanan manis selain bersenam tiga kali seminggu.“Saya turut mengikut saranan diberikan iaitu meminum dua gelas susu NOP setiap hari iaitu pagi dan malam. Sebenarnya kemenangan bukan matlamat utama kerana kesihatan lebih penting,” katanya.

sumber: harian metro

Saturday, November 12, 2011

Gaya Rambut paling Menarik sampai jadi Pelik....(p/s: jgn tiru)

Ada 10 gaya rambut yg paling pelik kat bawah ni yg sy pilih..mungkin ada org kata gaya rambut cam gini menarik, ada yg kata stylo la, cun ler, tertarik aper, boleh tahan jgak...err terpulang la apa nak di kata. asalkan korang jgn tiru rambut cam di bawah ni...

helikopter la niii...awww
aiii ni depan ke blakang nih...keliru sungguh kami..
gaya kepala lembu ke apa ni???? hahahaa..sesuai leh wat korban..
nih rambut orang yang tak mandi & tak bershampoo...pening tgok ini rambut, ni confirm bau bangkai...x mo xmo
sesuai utk student bila ngantuk dlm class...
errr tu cam org ngah buang air besar lerr..
senyum jer dia...comeiii heheheh
dia pakai spek ler..misai lebat hhuhu
rambut style durian...


gaya rambut ala-ala Trojan melampau..hehe

Just Married 11-11-11

GEMBIRA...Lan dan Ain bergambar selepas selamat diijabkabulkan, semalam.

********************

Dapat suami pada hari lahir

KUALA KUBU BHARU: Lebih tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A To Z, 42, akhirnya kembali memegang status suami. Hanya dengan sekali lafaz, Lan dan pasangannya, Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, pada jam 11.11 pagi di sini, semalam.

Berwalikan abang sulung Ain, Mohd Firdaus, 30, pasangan berpakaian sedondon warna putih ini dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaik, dengan disaksikan hampir 50 tetamu terdiri daripada keluarga pengantin dan peminat. Tarikh akad nikah ini dipilih sebagai simbolik ulang tahun kelahiran Ain pada 11 November.

Lan turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM11,111 manakala mas kahwin berjumlah RM300. Lan juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa cincin berlian, al-Quran, pakaian dan alat solek serta dibalas 11 dulang hantaran daripada Ain. Ditemui selepas itu, Lan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar. Dia mengakui perasaan gementarnya hanya apabila berada di hadapan kadi. “Saya memang tenang ketika saat terakhir akad nikah. Bagaimanapun, bila di depan ramai orang, perasaan gementar tiba-tiba muncul.


“Bagaimanapun, saya cuba tenangkan diri dan akhirnya dengan sekali lafaz. Ain menangis terharu kerana impiannya untuk bergelar isteri pada ulang tahun kelahirannya menjadi kenyataan. “Dia mendapat hadiah yang paling istimewa dalam hidupnya iaitu seorang suami. “Saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Kami berjanji akan mempertahankan rumah tangga ini hingga ke akhirnya,” katanya.

Wednesday, November 9, 2011

PTPTN teliti semula cadangan henti pinjaman

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneliti semula cadangan menghentikan pinjaman kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan menimbang pembiayaan berdasarkan yuran pengajian saja bermula 2013.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti sebelum dibentang kepada Kabinet.

“Kalau KPT meluluskan cadangan berkenaan, kita akan beri pinjaman kepada pelajar untuk menampung yuran pengajian dan bukan kos perbelanjaan harian mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
Menurut Ismail, pihaknya sedar bahawa cadangan itu berupaya memberi kesan langsung kepada keluarga pelajar kurang berkemampuan berikutan terpaksa menggunakan dana Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk perbelanjaan harian. “SSPN dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai lalu untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan ibu bapa.

“Tabungan itu bertujuan menampung pembiayaan pendidikan anak-anak sebagai mana digalakkan PTPTN dengan pelaksanaan semula syarat wajib itu tahun hadapan,” katanya.

sumber : harian metro

Thursday, November 3, 2011

Wau..Hebatnya Dia nih...!!


 gambar tak de kaitan.. sekadar hiasan jer huhu...

   *****

sekadar cerita..
Ada seorang Professor yang tinggi IQ serta berjaya dalam bidangnya mahu membuat kajian tentang air laut. Satu pagi, Professor itu menumpang sebuah sampan di jeti berdekatan. Pendayung sampan itu seorang Pakcik tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.  Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.  Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, hujan turun dengan lebat beserta angin kuat maka sampan itu melambung terkena ombak lalu terbalik.  Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang??? " Professor itu menggelengkan kepala.. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 % nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai berdekatan...

~~> p/s : ** Sekiranya kita mempunyai IQ yang tinggi belum tentu ia boleh menjamin kehidupan sepenuhnya. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu  perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita anggap kurang berjaya itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin kurang berjaya dalam bidang yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya, tetapi "HEBAT" dalam bidang yang diceburi... (*_*)

Justin Bieber Dah JAdi Bapa...??



LOS ANGELES: Selebriti remaja, Justin Bieber dilapor disaman oleh seorang peminat dengan tuduhan dia adalah bapa kepada bayi yang dilahirkannya.Wanita California berkenaan dikatakan mendesak penyanyi berusia 17 tahun itu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayi yang dilahirkan tiga bulan lalu, lapor laman web RadarOnline dan majalah Star. Bagaimanapun, jurucakap Bieber menafikan dakwaan itu.

Matthew Hiltzik berkata: “Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu. “Kami akan bertindak mengikut semua saluran undang-undang untuk mempertahan dan melindungi Bieber daripada tuduhan itu.” Wanita itu, Mariah Yearter, 20, didakwa membuat akuan bersumpah bahawa dia berusia 19 tahun apabila mengadakan seks dengan penyanyi warga Kanada itu di Los Angeles tahun lalu.

Saman itu dikatakan difail di sebuah mahkamah di California pada 31 Oktober. Mariah meminta mahkamah memaksa Bieber ‘memberi saraan secukupnya untuk bayi saya,’ lapor Star. Bieber yang menjadi terkenal dengan lagu hitnya, Baby, kini berpacaran dengan bintang remaja, Selena Gomez. Selena menerima ancaman bunuh daripada beberapa peminat penyanyi itu selepas pasangan berkenaan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka tahun lalu. Bieber sebelum ini menyelar seks bebas dengan berkata: “Saya tidak fikir anda perlu mengadakan seks dengan sesiapa kecuali anda mencintai mereka.” Dan baru-baru ini dia mendedahkan hasratnya untuk menjadi bapa apabila berusia 25 tahun. “Saya ingin menjadi bapa ketika usia muda. Menjelang usia saya 25 atau 26 tahun, saya ingin berkahwin dan mula berkeluarga,” katanya.




sumber : harian metro


Wednesday, November 2, 2011

Calon "Angkasawan" Malaysia...



Kini Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Malaysia MOSTI sedang mencari calon angkasawan untuk dihantar ke planet marikh. Walaubagaimanapun, angkasawan tersebut hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi lagi.

Calon pertama, seorang engineer di tanya berapa banyak wang yang dia mahu...”Sejuta” jawapnya “Saya mahu sumbangkan untuk anak-anak yatim.”

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. “Sejuta saya nak bagi pada keluarga saya. Yang sejuta lagi saya nak derma untuk buat research dan experiment.”

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bila ditanya berapa banyak wang yang dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, “3 juta ringgit.”

“Aik !! Kenapa lagi banyak dari yang lagi dua calon tu?” penemuduga bertanya...

Peguam itu menjawap, “Kamu bagi saya 3 juta... Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yang sejuta lagi tu, kita guna untuk hantar engineer tu ke marikh”...hihihi..

Tuesday, November 1, 2011

unik bangunan nih..

Gedung Piano (China)


Dubai Tower
Menara yang unik dan tertinggi di Dubai


Gedung Tas (Amerika Syarikat) 
Bangunan ni inspirasi dari mimpi Dave Longaberger. beroperasi pada 17 Desember 1997 sebagai Home Office dari The Longaberger Company.



Perpustakaan Kota Kansas (Amerika Syarikat)

Ripley’s Building – Branson Mo, USA


AntillaBangunan / rumah yang diiktiraf termahal di dunia setakat 2011 (mungkin )..terletak di India. Antilla nama rumah ni, bernilai  $1.000.000.000 , dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan milionar terkemuka berasal dari India yang juga tersenarai 10 orang terkaya di dunia.

Disneyland Jepang