Monday, February 27, 2012

belajar kawal perasaan dr lelaki

mungkin inilah lelaki2 yg boleh ajar kawal perasaan.....

Kate orang lelaki, orang pompuan ni sangat emosional, kuat merajuk plak tu... cemburu lagi la... kalo dah merajuk muncung panjang mengalahkan muncung buaya... itulah.. specis buaya jugak la yang buat pompuan muncungggg jer kan kan hehehe...tak la..(*_,*).  Ada orang, tak tau la orang mana, hentam aje la labu..... dia suruh orang pompuan belajar kawal perasaan dari orang lelaki, sebab orang lelaki pandai, terer dan handal dalam ilmu mengawal perasaan... yela tuuu... hebat hebat... sila la baca...k
 
1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan wanita. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Wanita lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Wanita pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.


4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap wanita itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan wanita itu untuk cari wanita yang lain.


 jangan gaduh- gaduh...

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya wanita merasakan ia trauma dalam hidup mereka....... yekeee..


tima kasih la lelaki2 kerna ajar pompuan kawal perasaan... kami bukannya tak reti kawal, tapi alat kawalan kami perlu di upgrade kan lagi oleh pomen2 yang bernama lelaki bagus... itu la, kita kan saling memerlukan antara satu sama lain...lelaki dan perempuan ibarat kan seperti bekas dan acuan.. jika elok bekas maka elok la acuannya.... 



Lelaki Yang Ditarik ke Neraka


Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

 Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
 
Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.



Sumber: blog 1001 rahsia

Darjat Seorang Isteri



1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka m...enolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..
●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
 
sumber : fb rakan
 

Thursday, February 16, 2012

Perasaan Luar Biasa Yg Bertapak di Hati...



Itulah ajaibnya cinta. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati, yakni 'raja' dalam kerajaan diri manusia... Apabila ada perasaan cinta, kita boleh berkomunikasi dan berinteraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. Cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga...   

Namun, apabila tidak ada perasaan cinta... segalanya akan lesu dan kaku. Ibarat waktu pagi yang sunyi tanpa kicauan burung-burung.. Hati hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk  berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni...Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.


Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda cinta itulah yang sebenar telah hilang!!!.. Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa... Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu!... Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya...Perlu untuk kita tahu bahawa cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang...~ Rasa kasih dan sayang itu adalah anugerah Allah kepada setiap hambanya yang mencintai kelembutan....

Monday, February 13, 2012

Mengapa Org Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak..., jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

sumber : Fb Dalam Hati Ada Iman

Saturday, February 11, 2012

Tanda - tanda Kematian...



Tertarik membaca cerita ini di sebuah blog rakan jadi saya nak share cerita ini kepada semua pembaca. Mohon share kepada sahabat mahupun kenalan seberapa banyak... ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah  waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka  yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan  musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akanberansur-ansur masuk ke  dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

~ Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan2lah sesama kita.....

Friday, February 10, 2012

Tidur di ribaan isteri dapat ketenangan....(alahai...so sweet..)



Rupanya tidur atas riba isteri boleh mendapat ketenangan jiwa dan dapat lupakan masalah. Jom pakat-pakat amalkan. ~ Tafakur sedetik amat berharga, kerana yang sedetik itu mampu mengubah dunia -
Dr. Hj. Tengku Asmadi

"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626) daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Info yang sangat berguna sekadar untuk  berkongsi... Sememangnya banyak sunnah Rasullullah berkenaan ilmu rumahtangga yang patut kita amalkan dan ketahui... Selayaknya kita amalkan pelbagai sunnah dalam mengukuhkan rumahtangga dari mengambil satu saja contoh sunnah dan menjadi amalan yang amat di gemari kaum adam dan hawa.. Boleh jugak kita cuba senaraikan seberapa banyak sunnah romantik Rasullullah yang kita ikuti... Antaranya tidur diribaan.... Membantu kerja rumah... Juga mandi bersama... (selamat beramal....bagi yang dah kawin je tau, yang belom kawin amik sebagai ilmu dan boleh di praktikkan pabila dah berumah tangga.... ....hehehee.)

UiTM Di Hatiku...

Masih terkenang-kenang masa di UiTM dulu. UITM ...jalan yang di lorong oleh Allah untuk aku...Dengan itu, aku bersyukur menimba ilmu di situ di tambah pula dengan pensyarah yang hebat dan Naib Chansellor yang telus serta kawan yang baik.....lagu ni tiap hari sabtu kat padang kawad selalu dok nyanyi...hehehe
 

Thursday, February 9, 2012

Bahaya Tuala Wanita ...



Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau.

Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama. Rujuk Wikipedia

Dioksin menyebabkan:
-Ketidakstabilan hormon
-Kanser Payudara
-Kanser Ovari
-Kanser Usus
-Endometriosis
-Kemandulan
-Fibroid
-Keguguran
-Jangkitan pada uterus
-Melemahkan sistem imuniti badan

CIRI-CIRI TUALA WANITA

Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’
Pembungkusan di kilang Masih secara manual.
Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria
”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987

Tiada tarikh luput (Expiry Date)
Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba
Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.

Tiada Bahan Anti-Bakteria.
Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.

Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah
15 000 kali !!!

Patutlah Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia !!

Wednesday, February 8, 2012

Guru Terbaik Dlm Hidup...


1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman.
Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar
Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.
Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

sumber: iluvislam.com

Pesanan Ikhlas utk perokok...



Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Oleh itu..........

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..

FB Ustaz Zamri

Bahaya Mkn Kepak dan Leher Ayam Kpd Wanita ??



Ada beberapa penulisan yang agak serupa. Mesej mereka ialah ‘jangan makan kepak dan leher ayam kerana di situ suntikan steroid diberikan’.Adakah ini bermakna memakan daging ayam di bahagian peha dan dada selamat? Adakah ini bermakna juga suntikan steroid akan menyebabkan ‘cyst dalaman’.  Apakah yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’? Adakah ovarian cyst? Hanya penulis ini saja yang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘cyst dalaman’.

Sebenarnya pada tubuh manusia dan haiwan mempunyai hormone steroid semulajadi. Hormon ini seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone adalah penting dalam tubuh bagi menjalankan sistem fisiologi dan pertumbuhan fizikal dan seksual manusia dan haiwan. Tanpa hormone ini kita tidak membesar sebagai lelaki atau perempuan dan tidak berkehendak untuk berkahwin. Haiwan ternakan juga mungkin tidak akan mengawan. Oleh kerana hormone steroid itu berada dalam tubuh haiwan, sama ada suka atau tidak, apabila kita makan daging haiwan ternakan, kita juga mengambil sekali hormone steroid yang ada pada haiwan itu.

Secara perbandingan hormone steroid pada haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau mempunyai kandungan hormone steroid yang lebih tinggi daripada haiwan burung seperti ayam dan itik. Namun begitu, kandungan hormone steroid yang ada pada haiwan ternakan adalah rendah dan tidak mengganggu kesihatan tubuh manusia jika daging haiwan itu diambil sebagai makanan. Lagi pun hormone steroid ini adalah hormone semulajadi dan mudah dihuraikan (metabolized) dan dibuang dari tubuh manusia.

Sayangnya, industri penternakan haiwan di seluruh dunia telah dicemari oleh sikap tamak penternak. Mereka menggunakan hormone steroid penggalak (growth-enhancing hormones) untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat. Penternak menggunakan beberapa jenis hormone steroid yang dijual di pasaran. Ada penternak yang menggunakan hormone steroid semulajadi seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone. Ada juga penternak yang menggunakan hormone steroid yang bukan asli (sintetik) seperti zeranol, trenbolone dan melengestrol.

Kesan jangka panjang terhadap manusia apabila dimakan secara berpanjangan berbeza antara satu sama lain. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa hormone steroid yang asli 17ß-oestradiol boleh menyebabkan kanser. Hormon ini akan memulakan proses pembentukan kanser dan menggalakkan pertumbuhan kanser terutama pada orang yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser. Oleh itu jika haiwan ternakan lembu diberikan suntikan ini secara berlebihan, hormone ini boleh dipindahkan kepada tubuh tubuh manusia yang memakan dagingnya. Jika dos yang diberikan itu kecil, mungkin tiada kesan yang berlaku. Namun bagi orang yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser, dos yang kecil sudah cukup untuk memulakan proses pembentukan kanser. Jadi berhati-hatilah.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku selalunya penternak tidak menyuntik haiwan ternakan mereka apabila menghampiri waktu penyembelihan. Ini bertujuan mengurangkan kepekatan hormone steroid itu dalam darah dan daging haiwan itu. Walaupun teknik ini sangat tyidak beretika, penggunaan hormone-hormon diamalkan di beberapa buah negara ketiga. Di Negara seperti U, Eropah dan Kanada, penggunaannya diharamkan. Saya tidak pasti sama ada penternak di Malaysia menggunakan kaedah suntikan hormone steroid ini.

Ayam ternakan juga disuntik?Ramai yang beranggapankan bahawa suntikan hormone ini dapat menambahkan berat ayam. Sebenarnya ini tidak benar. Pertambahan berat badan ayam bukan disebabkan oleh pertambahan jisim otot, tetapi pertambahan lemak di bawah kulit ayam. Penternak biasanya berharap teknik ini dapat menambah berat yang lebih banyak bagi setiap ekor ayam apabila ditimbang dan dijual. Pengguna tertipu kerana pertambahan berat ini disebabkan oleh pertambahan lemak, bukan pertambahan otot yang menjadi daging ayam untuk dimakan.

Terdapat juga beberapa kajian saintifik yang mengatakan bahawa ayam membesar bukan disebabkan oleh suntyikan hormone, tetapi disebabkan baka ayam itu sendiri.(Rujuk:Havenstein GB, Ferket PR, Qureshi MA (October 2003). "Carcass composition and yield of 1957 versus 2001 broilers when fed representative 1957 and 2001 broiler diets". Poult. Sci. 82 (10): 1509–18) Walaupun begitu kaedah suntikan ini hanya diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu saja kerana harganya mahal. Saya yakin suntikan hormone steroid ini tidak diberikan pada ayam ternakan.

Mungkin pengguna agak keliru melihat ayam ternakan yang disuntik. Itu adalah suntikan vaksin pelali dan antibiotic bagi mencegah penyakit berjangkit di kalangan ayam-ayam ternakan.Jadi kita memahami bahawa suntikan hormone steroid ini biasa dilakukan pada haiwan ternakan lembu bukan pada ayam atas factor kos dan keberkesanannya.Setakat ini, tiada laporan menunjukkan bahawa penggunaan ubat hormone penggalak ini memberikan kesan negative kepada manusia yang memakan daging ayam ternakan ini

Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

Monday, February 6, 2012

-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah kita...



1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

10 sifat suami yg hebat



Prof. Dr. Baltaji dalam bukunya "Fiqh al-Marah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat.

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
3. Suami yang matang.
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’.
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas.
7. Melindungi anak dan isterinya.
8. Jadilah suami serba boleh.
9. Boleh membaca al-Quran.
10. Disenangi oleh org sekelilingnya.




FB Ustaz Mohd Izhar Ariff

Saturday, February 4, 2012

jawapan panjang sangat...

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..




---------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------


sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/