Thursday, September 29, 2011

kuota Bumiputera akan digugurkan ??



KUALA LUMPUR, 27 Sept – Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.
Perdana Menteri berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”
Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.

“Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.
“Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” kata beliau pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini hari ini.

“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi.
Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus  Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.

Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.
Sebagai contoh kata beliau, Teraju baru-baru ini melancarkan program untuk melatih 1,100 syarikat Bumiputera kecil, mikro dan pertengahan di bawah program keusahawanan khusus.

Wednesday, September 28, 2011

Yang Kita Perlu Tahu ...~ jom baca ni



Perkara ni mungkin kita perasan @ kurang perasan @ buat-buat tak perasan.. jom baca
**********************************************************************

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.

4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai kita.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.

6. Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Kita seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.

10. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.

12. Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun kita akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita;.. kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang kita tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang kita sentiasa mengingatinya. Kalau kita tidak menghantar pesanan ini, bermakna kita sudah melupakan kawan-kawan kita. Ambillah sedikit masa dan kita sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik...** peace!



sumber : http://1001rahsiadiri.blogspot.com/

Tuesday, September 27, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu...







"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"...amin

Monday, September 26, 2011

saiz pinggang petanda sakit jantung ?




  Penyelidik Universiti Texas mengesahkan saiz pinggang menjadi petanda utama penyakit jantung berbanding berat badan berlebihan. Malah ukuran pinggang yang dikategori ‘masih boleh diterima’ iaitu 81 sentimeter (32 inci) bagi wanita dan 94 sentimeter (37 inci) bagi lelaki juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Ini kerana lemak yang terkumpul di kawasan pinggang didapati lebih aktif kerana ia merembeskan protein kerada�ngan yang menyumbang kepada pembentukan aterosklerosis (plak kolesterol pada dinding salur darah) - dan akhirnya boleh membuatkan salur darah tersumbat.

Selain penyakit jantung, pakar perubatan juga sependapat saiz pinggang melebihi 88.9 sentimeter (35 inci) bagi wanita dan 101.6 sentimeter (40 inci) bagi lelaki juga boleh mendekatkan mereka dengan kencing manis.
       
 Kajian ke atas 2,744 individu dewasa itu turut mendapati bentuk badan ada kaitan dengan penyakit jantung kerana penambahan beberapa inci saiz pinggang boleh meningkatkan risiko kerosakan salur darah di jantung walaupun mempunyai berat badan dalam julat normal.

Masih berkira-kira hendak bersenam? Baiklah, mungkin anda tidak tahu, apabila kita duduk terlalu lama, otot terutama pada kaki akan merangsang atau menyekat pelbagai jenis hormon yang akhirnya memberi kesan kepada paras kolesterol.

Kita tahu paras kolesterol baik hanya boleh ditingkatkan melalui senaman. Tiada makanan ajaib mampu meningkatkan paras kolesterol baik yang sangat penting untuk melindungi kita daripada penyakit jantung.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford mendapati berlari (berjoging) boleh membantu meningkatkan jangka hayat. Kajian selama 21 tahun itu menunjukkan berlari boleh melengahkan kehilangan keupayaan berkaitan umur selama 16 tahun dan memanjangkan jangka hayat selama 19 tahun. Di dalam kumpulan pelari, hanya 15 peratus meninggal dunia (akibat sakit jantung, kanser, strok dan masalah saraf) berbanding 34 peratus di kalangan kumpulan bukan pelari.

Senaman tahap sederhana selama 30 minit sehari, lima kali seminggu memadai untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Selain itu masukkan juga senaman regangan dan ketahanan dua kali seminggu untuk menjaga keanjalan otot dan merangsang metabolisme.

Bagi yang selalu tertanya bagaimana ada individu berumur lanjut tampak awet muda, senaman adalah jawapannya. Ia adalah ubat untuk awet muda yang sangat mujarab. Gaya hidup aktif membantu mengekalkan jisim otot, merangsang metabolisme, menguatkan jantung dan paru-paru, membantu mengawal tekanan darah, paras gula dan kolesterol darah, meningkatkan keseimbangan, melancarkan aliran darah dan mengawal berat badan.

Zikir & Doa Untuk Kekal Cantik Berseri





1.  Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
2.  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman
3.   Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.
Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Sekian, selamat beramal.

Tuesday, September 13, 2011

Doa pengikat kasih sayang...



“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.

“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.

“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.