Monday, March 1, 2010

PERCUBAAN yg tak berapa menjadi..




Percubaan saya yang tak berapa menjadi ini adalah satu hobi yang mahu saya kongsi bersama kawan-kawan semua tak kiralah baik lelaki ataupun perempuan, hitam atau pun putih, comel atau comot saya tak kisah. Apa yang penting ?? kerjasama...Hobi saya adalah melukis..Saya minat sangat melukis, suka sangat melukis, (ek eleh..pandai ke malisa melukis??) kalo tak melukis rasa macam....macam gian...hahahahah...

Tapi saya ni takde terer dan pandai sangat melukis, setakat lukis cincai-cincai boleh la..Masa SPM result untuk subjek lukisan memang cam hampeh.. Tapi minat pada melukis makin 'over' bila masuk STPM, saya cuba la amik subjek Seni Visual,, Last-last dapat result ok jgak ler huhu...Pernah satu ketika 'form 6' mula-mula saya tunjukkan hasil lukisan pada cikgu seni, nak tahu dia cakap apa?? (cikgu: awak lukis apa ni malisa?? macam lukisan budak-budak tadika je........kalo macam ni bla...bla...bla...bla....bla...nak jadi pelukis kena bla...bla..bla...bla...) Tapi tima kasih banyak-banyak kat cikgu tu, sesungguhnya kritikan membina tu adalah satu nasihat yang berguna untuk masa kini dan selamanya....Terima kasih Cikgu..

Kat sini ada beberapa koleksi lukisan saya , meh..meh nak tunjuk sikit.. tapi jangan terkejut, sebab buruk je hasilnya.....Kalo tak sanggup nak tengok sila tutup mata...hehheh..






Ini salah satu hasil lukisan saya, Lukisan di atas kanvas..Menggunakan campuran cat air, cat minyak, pensel arang dan Buncho Oil Pastels..dah cakap awal-awal tadi, kalo tak sanggup nak tengok sila tutup mata..Harharhar... (Kata orang yang cerdik pandai : Kehidupan akan menjadi kosong tanpa pengalaman, pengalaman akan menjadi tawar tanpa pengajaran dan pengajaran akan menjadi tidak bermakna jika dibiarkan berlalu tanpa dikongsi bersama insan lain..)



Apa pasal wau tu kecik dari keris?? huhu.. wau mainan kot..Lukisan ni saya gunakan gabungan beberapa jenis warna seperti pensil, cat air, pensel warna dan warna lilin.


'open up your mind and see like me'...harap-harap korang dapat teka siapa yang saya lukis ni ye..Walaupon tak sama tapi mungkin ada sedikit serupa harharhar...cuba tengok betul-betul...'Look with your heart'



Lukisan ni agak rumit sikit, kene lihat dengan mata hati...tengok sekali imbas memang tak paham,. Lukisan ni menggambarkan tentang 'kesibukan kota'..Ni cuma lakaran dengan pensel dan belum diwarna..yang dah warna saya tak masukkan di sini..sapa-sapa nak cuba warna boleh la ye..pada yang tak sanggup tengok, sila tutup telinga..haha


Pemandangan di kawasan pergunungan yang sejuk..lukisan ni dilukis berdasarkan gambar sebenar. Gunungnya warna 'purple' cam pelik je kan..Tapi saya pasti gambaranya mengikut pemandangan yang nyata. Lukisan ni saya guna sepenuhnya warna lilin atau dikenali juga sebagai 'Buncho Oil Pastels'


Lukisan ni sepenuhnya menggunakan pensel. Biasanya kita guna pensel 2B kan, tapi untuk melukis dengan jelas dan bagi menimbulkan ton-ton warna dan juga bagi mewujudkan pencahayaan yang menarik, kita kena guna pensel yang terang iaitu 5B, 6B atau nak terang lagi boleh guna pensel arang..


Lukisan teratai....'zoom in' dari gambar sebenar..Lukisan yang menggunakan Buncho Oil Pastels


Beberapa hasil lukisan saya yang menggunakan lakaran pensel sepenuhnya. Lukisan barangan tradisional melayu yang semakin ditelan zaman. Namun, barangan seperti ini masih menjadi rebutan orang kita untuk dijadikan barangan hiasan rumah..Walaupon tak ramai yang memilih dan minat pada barangan tradisional melayu ini tapi ia semakin bernilai, saya lah salah seorang pecinta barangan tradisional melayu, kini saya luahkan cinta itu di atas sebuah lukisan dengan menggunakan beberapa teknik yang sesuai. Mungkin pada yang melihat lukisan ini kurang mengerti dengan apa yang saya lukis sebab ini menggunakan teknik pencantuman. he2



Ini ada lagi koleksi lukisan saya. Tengok la walaupon rasa kurang menarik..he2



Ni lukisan cam budak-budak sikit.. Menggunakan warna lilin sepenuhnya.. bukan senang nak guna warna lilin ni, kalo tak caye korang buleh cuba sendiri guna cariyon..( wei..gambar sape ngah dating tu...)

Ada banyak lagi lukisan saya tapi cukup la tengok yang ni je ye...Diingatkan sekali lagi, pada yang tak sanggup tengok sila tutup hidung.. Ini semua adalah hasil lukisan dari percubaan saya yang tak berapa menjadi...Kalo ada peluang pada masa akan datang saya mahu belajar dengan lebih hebat lagi, nak hasilkan lukisan yang canggih gitu, nanti takde lah korang sakit hati tengok lukisan cam yang ada ni kan harharhar....

No comments: