Saturday, December 17, 2011

Wanita Terkecil di Dunia...

 tak larat nak angkat

Inilah dia remaja yang kini menjadi wanita yang terkecil di dunia dengan ketinggian 59.7 sm, dari India... Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya - menjadi wanita terkecil, di dunia. Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram jer, berjaya merampas ‘takhta’ itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

Dengan gembira, Iyoti berkata, “Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!”Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai wanita paling kecil di dunia. Dia menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang hampir sama besar dengan tubuhnya.
jap, sedang mengukur tuh...alahai comei cam patung barby jer..

Iyoti dari Nagpur India, mengalami penyakit kerdil dinamakan ‘achondroplasia’ yang menyekat pertumbuhan sejak usianya satu tahun. Masalah pertumbuhan menyebabkan tulangnya rapuh dan menyebabkan dia memerlukan penjagaan untuk seumur hidupnya. Tetapi, Iyoti yang juga seorang pelakon baru tidak akan membiarkan masalah kesihatannya menghalang dia daripada berlakon dalam dua filem Bollywood tahun depan. Katanya, “Saya mahu buatkan orang gembira.” Dia mahu dilayan seperti gadis remaja lain. Dia gemar bersolek dan keluar membeli belah bersama rakan-rakannya.

p/s : perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan

Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui. Anwar (gambar), bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004. Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya...

P/s....
Menjadi manusia yang di sukai, Sahal bin Saad berkata, pada suatu masa, seorang lelaki datang bertemu Nabi Muhammad saw dan berkata, "Wahai Rasulullah, tlg terangkan 1 perbuatan yang apabila saya lakukan, Allah dan manusia kasih kepada saya".Nabi Muhammad bersabda,
"Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, Allah kasih kepada kamu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia kasih kapadamu".
(Riwayat Imam Nawawi)

Wednesday, December 14, 2011

Gersang .... (*_,*)

Akhirnya dapat juga shaya download lagu ni... Petang semalam masa balik dari kerja tiba-tiba tendengar lagu ni di radio macam best sangat tersyok pulak sebab lama dah tak dengar lagu yang sangat femes suatu ketika dulu.. Pagi tadi datang office terus download n dengar berulang kali sampai kawan office pon jeling semacam jer.. dengar sampai lebam!! jap nak jiwang...
Gersang : Suratan Takdir:

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

( korus )
Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

Saturday, December 10, 2011

Adakalanya Kekurangan itu Daya Penarik, bukannya kelebihan...


Benarlah kata khalifah Umar al-Khattab, " Apakah lagi tinggal selepas KESEMPURNAAN kalau tidak KEKURANGAN....?" Beliau lafazkan kata2 itu selepas mendengar khutbah penghabisan nabi Muhammad yg juga menandakan sempurnanya agama Allah SWT yg diturunkan melalui Rasulullah s.a.w. Apa yg dimaksudkan oleh Umar sbg kekurangan adlh tugas Nabi Muhammad sbg utusan Allah swt sudah selesai. Umar mengetahui ia adlh tanda jelas umur Nabi Muhammad sudah tidak lama lg.....

Kita slalu nak jadi diri kita nampak sempurna supaya org lain syok & suka dgn melihat kesempurnaan kita. Tapi adakalanya apa yg berlaku adlh mereka suka pada kita krn ketidaksempurnaan / kekurangan kita...Percaya @ tak percaya??.. lebih baik percaya.. Contohnya kita mungkin merasakan pakaian kita pakai tu cantik, menarik & tertarik memang karen habis almaklumlah fesyen terkini... Tetapi org lain pulak nampak pakaian kita pelik dan janggal.. Apa yg kita nampak itu sbg sempurna dlm diri kita tetapi bukan  pada org lain..Sebab tulah kadang2 kekurangan diri itu dikatakan daya penarik bukannya kelebihan kita... Yes..

Satu lagi contoh mudah, kalau kita berpendidikan tinggi dan pandai pulak tu doh, Kita pon merasakan org melihat kita sbg seorang menarik dan hebat krn faktor pendidikan kita. Tetapi sebaliknya kita dilihat menarik krn kita seorang yg suka merendah diri dan sopan..tu yang penting ! - LIKE
~~~~~~~
p/s ; Apa yg kita nampak sbg sempurna dlm diri kita yg diharapkan sbg faktor yg bakal menjadikan org lain tertarik dgn diri kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri yg menjadi daya penarik bukannya kelebihan...

sumber : tip menjadi individu menarik

Wednesday, December 7, 2011

Hadiah Banglo utk Khairul Fahmi

SIAP...banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.


Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

sumber : harian metro

Tuesday, December 6, 2011

Segak dan Anggun - Malam romantik Bieber, Selena...



WALAUPUN masih begitu muda, mereka kelihatan segak dan anggun dengan muncul bersama set pakaian yang jauh lebih dewasa. Pasangan selebriti pujaan remaja sedunia, Justin Bieber dan Selena Gomez terus menjadi perhatian utama di majlis Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2011, baru-baru ini. Pasangan remaja itu terus menyebabkan peminatnya terjerit-jerit sebaik saja mereka tiba di laluan masuk majlis berkenaan dilangsungkan menaiki kereta antik Rolls Royce putih. Berpakaian seolah-olah baru saja meninggalkan set penggambaran filem muzikal 1970-an, Bugsy Malone, Bieber dan Selena tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian semua mata yang ada di Teater Nokia di Los Angeles yang menjadi lokasi majlis berkenaan.Bieber mengenakan pakaian ala era 1920-an dan dilengkapi dengan perubahan stail rambut bagi menyempurnakan penampilannya itu. Sementara itu, puteri pop yang menjadi pasangannya - Selena - mengenakan gaun seksi metalik rekaan Giorgio Armani yang menampakkan sebahagian daripada dada serta pahanya.


Pakaian satin itu memang menampakkan keanggunan Selena, tetapi fesyen baju yang mendedahkan belakang badannya menjadikan dia lebih ‘panas.’ Dengan rambut dibiarkan terurai bebas, pasangan Selena dan Bieber memang kelihatan lebih matang. Sesuai dengan status mereka yang bercinta, Selena, 19, dan Bieber, 17, tidak mampu berenggang walaupun seketika dan mereka kelihatan saling berpegangan tangan. Bieber juga membantu kekasihnya berjalan di atas permaidani merah kerana gaun dipakai Selena begitu panjang. Disebabkan keunikan itu, gaun Selena turut menarik perhatian khusus penyanyi popular masa kini, Taylor Swift, yang meluangkan masa seketika meneliti pakaian rekaan Armani itu dari dekat. Dakwaan curang yang dikaitkan dengan Bierber nampaknya tidak memberi sebarang kesan kepada kisah cinta penyanyi itu dengan Selena. Malah, untuk menjawab tuduhan itu, Bieber dan Selena membuat penampilan awam beberapa kali bagi membuktikan mereka tidak terjejas dengan skandal berkenaan.

Pada majlis AMA 2011 itu, Bieber turut membuat penampilan di atas pentas untuk menyampaikan lagu hit Mistletoe. Sebelum itu, dia diperkenalkan kawan karibnya, Sean Kingston, sebelum muncul di atas pentas dengan asap hiasan. Berpakaian serba putih, Bieber menguasai pentas dengan persembahan bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh penonton. Sebelum itu, Bieber menzahirkan rasa terujanya untuk menghadiri AMA 2011 dengan membuat catatan di Twitter. Turut membantunya menjayakan persembahan, pengarah muzik Bierber, Dan Kanter. Bagaimanapun, ketika keputusan diumumkan, Bierber terpaksa akur kepada kehebatan Bruno Mars dalam kategori Penyanyi Lelaki Pop/Rock Terbaik. Namun, Bierber ternyata tidak sedih dengan kekalahannya, malah segera mengucapkan tahniah kepada Mars melalui Twitter.


Ketika LMFAO menutup majlis gilang-gemilang itu dengan rangkaian lagu Party Rock Anthem dan Sexy And I Know It, Bieber sekali lagi membuat persembahan istimewa mengiringi kumpulan berkenaan. Penonton bagaikan histeria melihat Bieber mengenakan seluar yang menjadi identiti kumpulan berkenaan seluar Zubaz. Memakai seluar kuning dan baju tanpa lengan bertulis Sexy padanya, bintang sensasi remaja itu menunjukkan kemahirannya menari sebelum segera meninggalkan pentas. Selesa majlis itu, Selena dan Bieber bergegas menaiki kereta antik Rolls Royce putih yang sebelum itu membawa mereka ke Teater Nokia. Jelas kepenatan, Selena kemudian menyandarkan kepalanya ke bahu Bieber sebelum penyanyi Baby Baby itu menyelimut kekasihnya dengan jaket tuksedo bagi mengurangkan rasa dingin awal pagi.




sumber : harian metro

Saturday, December 3, 2011

kajang banjir besar 2012



KAJANG: Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam. Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok. Berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang meletak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks beli-belah, Metro Kajang dilaporkan tenggelam, malah air turut masuk ke aras bawah kompleks itu menyebabkan peniaga serta orang ramai kelam kabut.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira - kira jam 3.51 petang dan 20 anggota dari Balai Bomba Kajang dan Cheras digerakkan ke lokasi kejadian.“Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa. “Usaha menyelamatkan mangsa dilancarkan di tiga kawasan utama yang dinaiki air sehingga ke paras dada iaitu Kampung Sungai Kantan, Kampung Jalan Kelapa dan Pasar Kajang,” katanya ketika dihubungi. Katanya, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Jalan Kelapa, kejadian banjir semalam terburuk sejak 40 tahun lalu di mana 12 buah rumah di situ tenggelam sepenuhnya.


sumber: harian metro