Wednesday, April 21, 2010
pilihan keluarga atau sendiri ??
Memang setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini termasuklah dalam soal memilih jodoh.. Ada yang berpendapat pilihan keluarga lebih baik daripada pilihan sendiri. Ada pula yang menyatakan pilihan sendiri lebih bahagia daripada pilihan keluarga.. Papepon, kalo dah jodoh tak kemana..jom kita baca pandangan mereka..
Monday, April 5, 2010
jiwa ahli arkeologi
Saturday, April 3, 2010
Cerita Mistik.....
Cakap Besar Punca Dirasuk Hantu…
Hafiz dan rakan-rakan sememangnya sudah lama merancang untuk berkhemah di puncak gunung dan mahu menghirup udara yang nyaman ketika berada di puncak gunung itu nanti. Tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan tugasan serta persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi berkhemah selepas selesai menghantar tugasan iaitu selepas tamat peperiksaan.
Hari yang di tunggu-tunggu kini sudah tiba, mereka menyiapkan diri serta barang-barang yang mahu dibawa bersama seperti khemah, barang-barang makanan,masakan, pakaian, dan sebagainya. Mereka pergi bersama enam orang teman baik yang sama-sama menuntut di universiti yang sama.
Antara enam orang teman ini, salah seorangnya adalah bernama Zainal yang sering dikenali seorang yang suka bercakap besar dan juga dikenali mulut celupar di kalangan teman-temannya, namun disebabkan sikapnya yang ramah, suka menolong kawan-kawan serta suka berjenaka dia disenangi oleh rakan-rakanya itu. Lagipun cadangan untuk pergi berkhemah ini adalah datangnya dari Zainal yang beria-ria mahu menikmati suasana di puncak gunung yang nyaman dan tenang. Katanya lagi, dia turut mahu berjumpa dengan hantu-hantu di puncak gunung itu nanti. Walaupun kata-katanya hanyalah sekadar gurauan, namun kawan-kawannya selalu menasihatinya supaya tidak bercakap sedemikian takut perkara tak diingini berlaku ketika mereka berada di puncak gunung itu nanti. Nasihat kawan-kawannya sedikit pun tidak dipedulikan malah dia merasa bangga bercakap sedemikian.
Tiba di kaki gunung mereka terus mendaki, kira-kira dua jam pendakian mereka sampai di puncak gunung yang terletak di sebuah negeri iaitu di Selangor. Pemandangan yang menenangkan di puncak gunung itu benar-benar telah menghilangkan rasa penat mereka semasa pendakian itu tadi. Tanpa berlengah mereka membahagikan tugas masing-masing. Zainal dan Hafiz ditugaskan mencari kayu api sementara Ali dan Khairul ditugaskan memasang khemah dan Syam serta Dani pula perlu menyediakan makanan untuk mereka makan setelah penat mendaki
Ketika dalam perjalanan mencari kayu api untuk dijadikan uggun dan memasak, Zainal sekali lagi bercakap besar iaitu dia berkata bahawa hantu-hantu di hutan itu takut padanya sebab itulah tiada hantu yang kelihatan atau tiada hantu pun yang berani mengganggu dia. Kata-katanya itu benar-benar membuatkan Hafiz jadi kecut perut, sambil berjalan dan mengumpul kayu api Zainal mengulangi kata-kata itu sambil ketawa. Hafiz yang berada disebelahnya hanya sesekali mampu membebel, namun tidak dipedulikan oleh Zainal.Setelah selesai mengumpul kayu api mereka bergerak pulang ke khemah tetapi Zainal mengadu bahawa dia penat dan mahu berehat sebentar. Kebetulan tempat yang mereka mahu berehat itu berhampiran sebatang pohon pokok yang rendang serta besar, hanya sempat beberapa minit berehat di situ Hafiz terus mengajak Zainal pulang kerana bimbang kawan-kawannya menunggu kayu api yang mereka cari itu untuk memasak. Namun dalam hati Hafiz sebenarnya dia takut berada berhampiran dengan pohon pokok yang rendang serta besar itu kerana bentuknya seolah-olah bentuk seperti makhluk yang besar serta menyeramkan.
Tidak seperti biasanya Zainal akan membantah ajakan kawannya itu tetapi zainal hanya menurut sahaja tanpa bercakap sepatah pun. Semasa perjalanan pulang ke khemah itu Hafiz merasakan meremang bulu romanya berjalan dengan Zainal dan dia melihat Zainal hanya terdiam dan matanya kemerah-merahan serta matanya melilau-lilau memandang di atas pohon-pohon pokok yang tinggi. Terkumat-kamit mulut Hafiz membacakan potongan ayat-ayat Al-Quran kerana dia merasa tidak sedap hati dan resah. Akhirnya mereka berdua sampai ke tapak khemah dan Hafiz terus meluru kearah Syam dan Dani yang sedang memasak.
Sedang asyik mereka berbual-bual tiba-tiba terdengar jeritan Zainal yang sedang marah serta meracau-racau. Jeritannya itu sungguh menakutkan apabila sesekali suaranya bertukar menjadi kasar dan kuat. Kesemua rakan-rakan yang lain terus bergegas menuju kearah Zainal yang kelihatan meracau-racau itu. Mereka cuba untuk menenagkan Zainal namun kekuatan Zainal ketika itu mengatasi mereka semua. Melihat keadaan yang semakin menakutkan itu, Khairul yang sememangnya mempunyai pengalaman membantu membaik-pulih orang-orang yang dirasuk mula membantu memulihkan Zainal yang menjerit serta meronta-ronta tanpa kawalan. Keadaan dilihat semakin tidak terkawal, maka mereka terpaksa mengambil keputusan untuk keluar dari hutan itu bagi mendapatkan bantuan. Kebetulan sebelum memasuki hutan itu, mereka telah pun melaporkan akan hasrat mereka untuk berkhemah di situ. Hanya Syam dan Dani sahaja yang keluar meandapatkan bantuan, manakala yang lain membantu Khairul memulihkan keadaan Zainal. Beberapa minit perjalanan Syam dan Dani bertembung dengan tiga orang lelaki yang bernama Pak Harun, Pak Majid dan Wak jo yang sedang mencari madu lebah hampir dengan kawasan tapak perkhemahan mereka . Setelah Syam dan Dani memperkenalkan diri serta memberitahu keadaan Zainal yang agak menakutkan, Ketiga-tiganya bersetuju untuk membantu mereka.
Apabila mereka sampai di kawasan perkhemahan tersebut, mereka melihat keadaan Zainal yang semakin tidak terkawal apatah lagi dengan kehadiran tiga orang tersebut. Pak Harun yang sudah biasa dengan keadaan tersebut mula terkumat- kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta menyuruh mereka semua memegang Zainal yang sedang meronta dan menjerit-jerit tanpa hujung pangkal, dengan erat mereka semua memegang Zainal bagi mengelakkan dia daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Hampir satu jam ‘bertarung’, akhirnya mereka melihat Zainal mula longlai dan akhirnya jatuh pengsan. Setelah itu, Pat Harun menyapukan air yang dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran pada wajah Zainal dan dia mula membuka mata.
Dalam keadaan kebingungan dan kepenatan, Zainal bertanyakan pada rakannya kenapa mereka semua berada disebelah dengannya. Zainal turut bertanya siapakah gerangan ketiga-tiga orang yang dia tidak kenali itu. Setelah pulih Zainal diberitahu oleh Pak Harun bahawa dia telah disampuk hantu ketika mencari kayu api sebentar tadi. Mendengarkan kisah itu menjadikan Zainal benar-benar takut dan insaf dan selepas itu Zainal mula memohon maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi sikapnya yang suka bercakap besar dan celupar itu. Sejak berlakunya kejadian itu, Zainal tidak lagi suka bercakap besar, dia sedar bahawa padahnya amat buruk jika suka bercakap besar dan sentiasa menjaga percakapannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa…..Sekian..
Thursday, March 25, 2010
padah bergaduh..
Kekasih punya pasal sampai bergaduh dengan geng semata-mata nak dapatkan kekasih idaman hati. Katanya dialah satu-satunya gadis yang dipuja dan di cari-cari selama ni. Bila dah disambar dengan yang lain, terus je lancarkan serangan..Bergaduh bermati- matian..Sekarang dah kalah, terima la hakikat, kekasih idaman hati pon tak dapat, yang dapat hanya sakit.....Tengok la ni, sakit dan terlantar di rumah hampir sebulan, nasib baik masih ada yang sayang dan sanggup menjaga...Luka teruk akibat bergaduh, mulanya luka kecik je, tapi lama-lama makin teruk disebabkan lalat hinggap akhirnya menjadi berulat dan berlubang, semakin lama makin dalam dan luas lubang luka tu akibat di makan oleh ulat-ulat tu....ulat pon makin gemuk,, tiap hari letakkan ubat, alhamdulillah sekarang luka dah sembuh sepenuhnya......................


Kalau tengok secara 'live' jelas nampak ulat bukan sekor @ dua, tapi penuh kat dalam tu..saya yang melihat sampai tak lalu nak makan nasi, tapi terpaksa kene tengok jugak untuk merawat luka tu..
Monday, March 22, 2010
Rahsia Disebalik Bentuk Muka
Pd zaman dulu-dulu wanita yg mempunyai muka yg bulat dianggap bertuah & menjadi rebutan. Kecantikan wanita yg bermuka bulat dilambangkan seperti cantiknya bulan purnama. Muka yg bulat penuh dianggap muka yg bertuah.
Manakala wanita yg mempunyai bentuk muka yg bujur adalah dianggap bentuk muka yg cantik & selalu dipunyai oleh puteri-puteri raja dan juga dipunyai oleh orang2 yg menjadi rebutan..
Tapi ingatlah,, walauapapun bentuk muka yg Allah SWT kurniakan pd kita, ia belum tentu boleh menjamin kebahagiaan hidup..sbb semuanya mesti bermula dr dalam hati..,,,,,,,peace!!
....................................................................................................................................
Baca ni>> Rahsia Disebalik Bentuk Muka
1. MUKA BUJUR>> ia menandakan keelokan & kemanisan & lebih byk menggunakan pemikiran drpd tenaga fizikal. Org yg bentuk muka bujur lebih berjaya sbg pencipta, penulis & pendidik.
2. MUKA BULAT PENUH & BERISI>> Seorang yg periang & suka bergembira. Jika ianya bercampur antara bentuk muka bulat & bujur mereka ini lebih sesuai berniaga.
3. MUKA BUJUR>>Perempuan yg bermuka bujur ditambah pula dgn bentuk badan langsing @ kecil comel serta mempunyai jari serai, orangnya mempunyai perasaan yg halus & cepat terusik & jg tak dpt buat kerja2 yg berat yg boleh dibuat oleh orang yg bentuk muka lain. Biasanya mereka ini tidak kuat membuat kerja krn mereka lebih berat kpd seni.
4. MUKA EMPAT SEGI, BESAR & LEBAR>> Menandakan seorang yang boleh membuat kerja-kerja yang berat.
Saturday, March 13, 2010
Suara Cermin Peribadi
Suara tak leh membayangkan kecantikan paras rupa seseorang, tetapi suara dapat menggambarkan peribadi. Hanya dengan berbual di telefon kita boleh baca sikap orang yang bercakap dengan kita sama ada tergagap2, gugup, terputus2 atau menengking kerana suara datangnya dari dalam diri.
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
(Surah Lukman: 19)
Suara hati yang lembut, ikhlas dan lunak menggambarkan peribadi pemiliknya yang baik...
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai
(Surah Al-A'raaf: 204)
Kenali Jenis2 Suara:
1. Suara nyaring, jelas & lantang: Seorang yang berani dan bersifat tegas.
2. Suara sederhana kuat, tidak terlalu kuat @ terlalu perlahan ketika bercakap: Seorang yang sederhana serta boleh dipercayai pada cakapnya.
3. Suara yg kurang tertawa juga dlm masa yg sama tidak banyak bercakap: Seorang yang berpendirian tegas serta suka berfikir apabila membuat sesuatu kerja.
4. Suara yg kadang2 nyaring & kadang2 perlahan serta bercakap secara terburu-buru: Seorang yg pemarah & tidak tetap pendirian.
5. Suara yg lambat apb bercakap dan bercakap secara mengejut: seorang yg lambat berfikir. Ttp ia tak sama dgn suara org yg bercakap dgn sabar & tegas sebab mereka ini pon bercakap lambat2.
6. Suara yg bercakap secara terburu-buru & tak teratur: Seorang yg kurang sabar & gopoh bila buat sesuatu kerja.
Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu, dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.
(Surah al-Isra: 110)
Monday, March 1, 2010
PERCUBAAN yg tak berapa menjadi..
Percubaan saya yang tak berapa menjadi ini adalah satu hobi yang mahu saya kongsi bersama kawan-kawan semua tak kiralah baik lelaki ataupun perempuan, hitam atau pun putih, comel atau comot saya tak kisah. Apa yang penting ?? kerjasama...Hobi saya adalah melukis..Saya minat sangat melukis, suka sangat melukis, (ek eleh..pandai ke malisa melukis??) kalo tak melukis rasa macam....macam gian...hahahahah...
Tapi saya ni takde terer dan pandai sangat melukis, setakat lukis cincai-cincai boleh la..Masa SPM result untuk subjek lukisan memang cam hampeh.. Tapi minat pada melukis makin 'over' bila masuk STPM, saya cuba la amik subjek Seni Visual,, Last-last dapat result ok jgak ler huhu...Pernah satu ketika 'form 6' mula-mula saya tunjukkan hasil lukisan pada cikgu seni, nak tahu dia cakap apa?? (cikgu: awak lukis apa ni malisa?? macam lukisan budak-budak tadika je........kalo macam ni bla...bla...bla...bla....bla...nak jadi pelukis kena bla...bla..bla...bla...) Tapi tima kasih banyak-banyak kat cikgu tu, sesungguhnya kritikan membina tu adalah satu nasihat yang berguna untuk masa kini dan selamanya....Terima kasih Cikgu..
Kat sini ada beberapa koleksi lukisan saya , meh..meh nak tunjuk sikit.. tapi jangan terkejut, sebab buruk je hasilnya.....Kalo tak sanggup nak tengok sila tutup mata...hehheh..
Ini salah satu hasil lukisan saya, Lukisan di atas kanvas..Menggunakan campuran cat air, cat minyak, pensel arang dan Buncho Oil Pastels..dah cakap awal-awal tadi, kalo tak sanggup nak tengok sila tutup mata..Harharhar... (Kata orang yang cerdik pandai : Kehidupan akan menjadi kosong tanpa pengalaman, pengalaman akan menjadi tawar tanpa pengajaran dan pengajaran akan menjadi tidak bermakna jika dibiarkan berlalu tanpa dikongsi bersama insan lain..)
Apa pasal wau tu kecik dari keris?? huhu.. wau mainan kot..Lukisan ni saya gunakan gabungan beberapa jenis warna seperti pensil, cat air, pensel warna dan warna lilin.
'open up your mind and see like me'...harap-harap korang dapat teka siapa yang saya lukis ni ye..Walaupon tak sama tapi mungkin ada sedikit serupa harharhar...cuba tengok betul-betul...'Look with your heart' 
Lukisan ni agak rumit sikit, kene lihat dengan mata hati...tengok sekali imbas memang tak paham,. Lukisan ni menggambarkan tentang 'kesibukan kota'..Ni cuma lakaran dengan pensel dan belum diwarna..yang dah warna saya tak masukkan di sini..sapa-sapa nak cuba warna boleh la ye..pada yang tak sanggup tengok, sila tutup telinga..haha
Pemandangan di kawasan pergunungan yang sejuk..lukisan ni dilukis berdasarkan gambar sebenar. Gunungnya warna 'purple' cam pelik je kan..Tapi saya pasti gambaranya mengikut pemandangan yang nyata. Lukisan ni saya guna sepenuhnya warna lilin atau dikenali juga sebagai 'Buncho Oil Pastels'
Lukisan ni sepenuhnya menggunakan pensel. Biasanya kita guna pensel 2B kan, tapi untuk melukis dengan jelas dan bagi menimbulkan ton-ton warna dan juga bagi mewujudkan pencahayaan yang menarik, kita kena guna pensel yang terang iaitu 5B, 6B atau nak terang lagi boleh guna pensel arang..
Lukisan teratai....'zoom in' dari gambar sebenar..Lukisan yang menggunakan Buncho Oil Pastels
Beberapa hasil lukisan saya yang menggunakan lakaran pensel sepenuhnya. Lukisan barangan tradisional melayu yang semakin ditelan zaman. Namun, barangan seperti ini masih menjadi rebutan orang kita untuk dijadikan barangan hiasan rumah..Walaupon tak ramai yang memilih dan minat pada barangan tradisional melayu ini tapi ia semakin bernilai, saya lah salah seorang pecinta barangan tradisional melayu, kini saya luahkan cinta itu di atas sebuah lukisan dengan menggunakan beberapa teknik yang sesuai. Mungkin pada yang melihat lukisan ini kurang mengerti dengan apa yang saya lukis sebab ini menggunakan teknik pencantuman. he2

Ini ada lagi koleksi lukisan saya. Tengok la walaupon rasa kurang menarik..he2

Ni lukisan cam budak-budak sikit.. Menggunakan warna lilin sepenuhnya.. bukan senang nak guna warna lilin ni, kalo tak caye korang buleh cuba sendiri guna cariyon..( wei..gambar sape ngah dating tu...)
Ada banyak lagi lukisan saya tapi cukup la tengok yang ni je ye...Diingatkan sekali lagi, pada yang tak sanggup tengok sila tutup hidung.. Ini semua adalah hasil lukisan dari percubaan saya yang tak berapa menjadi...Kalo ada peluang pada masa akan datang saya mahu belajar dengan lebih hebat lagi, nak hasilkan lukisan yang canggih gitu, nanti takde lah korang sakit hati tengok lukisan cam yang ada ni kan harharhar....

hehehehehehe
jika ikot...anda boleh terima pilihan family,jika x...anda kena usaha org y serasi ngan anda..jika dua2 anda kompius.....saya boleh jd calonnya...agak tersusun x ayat ni..halus dan mendalam x??he3!!
Terima kasih kepada yang memberi pandangan di Facebook saya..walaupon pandangan yang tak de kaitan ngan tajuk tapi saya masukkan jugak kat sini..ha2..papepon anda semua memang hebat !! peace..