Saturday, April 3, 2010

Cerita Mistik.....

Cakap Besar Punca Dirasuk Hantu…


Hafiz dan rakan-rakan sememangnya sudah lama merancang untuk berkhemah di puncak gunung dan mahu menghirup udara yang nyaman ketika berada di puncak gunung itu nanti. Tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan tugasan serta persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi berkhemah selepas selesai menghantar tugasan iaitu selepas tamat peperiksaan.


Hari yang di tunggu-tunggu kini sudah tiba, mereka menyiapkan diri serta barang-barang yang mahu dibawa bersama seperti khemah, barang-barang makanan,masakan, pakaian, dan sebagainya. Mereka pergi bersama enam orang teman baik yang sama-sama menuntut di universiti yang sama.


Antara enam orang teman ini, salah seorangnya adalah bernama Zainal yang sering dikenali seorang yang suka bercakap besar dan juga dikenali mulut celupar di kalangan teman-temannya, namun disebabkan sikapnya yang ramah, suka menolong kawan-kawan serta suka berjenaka dia disenangi oleh rakan-rakanya itu. Lagipun cadangan untuk pergi berkhemah ini adalah datangnya dari Zainal yang beria-ria mahu menikmati suasana di puncak gunung yang nyaman dan tenang. Katanya lagi, dia turut mahu berjumpa dengan hantu-hantu di puncak gunung itu nanti. Walaupun kata-katanya hanyalah sekadar gurauan, namun kawan-kawannya selalu menasihatinya supaya tidak bercakap sedemikian takut perkara tak diingini berlaku ketika mereka berada di puncak gunung itu nanti. Nasihat kawan-kawannya sedikit pun tidak dipedulikan malah dia merasa bangga bercakap sedemikian.


Tiba di kaki gunung mereka terus mendaki, kira-kira dua jam pendakian mereka sampai di puncak gunung yang terletak di sebuah negeri iaitu di Selangor. Pemandangan yang menenangkan di puncak gunung itu benar-benar telah menghilangkan rasa penat mereka semasa pendakian itu tadi. Tanpa berlengah mereka membahagikan tugas masing-masing. Zainal dan Hafiz ditugaskan mencari kayu api sementara Ali dan Khairul ditugaskan memasang khemah dan Syam serta Dani pula perlu menyediakan makanan untuk mereka makan setelah penat mendaki


Ketika dalam perjalanan mencari kayu api untuk dijadikan uggun dan memasak, Zainal sekali lagi bercakap besar iaitu dia berkata bahawa hantu-hantu di hutan itu takut padanya sebab itulah tiada hantu yang kelihatan atau tiada hantu pun yang berani mengganggu dia. Kata-katanya itu benar-benar membuatkan Hafiz jadi kecut perut, sambil berjalan dan mengumpul kayu api Zainal mengulangi kata-kata itu sambil ketawa. Hafiz yang berada disebelahnya hanya sesekali mampu membebel, namun tidak dipedulikan oleh Zainal.Setelah selesai mengumpul kayu api mereka bergerak pulang ke khemah tetapi Zainal mengadu bahawa dia penat dan mahu berehat sebentar. Kebetulan tempat yang mereka mahu berehat itu berhampiran sebatang pohon pokok yang rendang serta besar, hanya sempat beberapa minit berehat di situ Hafiz terus mengajak Zainal pulang kerana bimbang kawan-kawannya menunggu kayu api yang mereka cari itu untuk memasak. Namun dalam hati Hafiz sebenarnya dia takut berada berhampiran dengan pohon pokok yang rendang serta besar itu kerana bentuknya seolah-olah bentuk seperti makhluk yang besar serta menyeramkan.


Tidak seperti biasanya Zainal akan membantah ajakan kawannya itu tetapi zainal hanya menurut sahaja tanpa bercakap sepatah pun. Semasa perjalanan pulang ke khemah itu Hafiz merasakan meremang bulu romanya berjalan dengan Zainal dan dia melihat Zainal hanya terdiam dan matanya kemerah-merahan serta matanya melilau-lilau memandang di atas pohon-pohon pokok yang tinggi. Terkumat-kamit mulut Hafiz membacakan potongan ayat-ayat Al-Quran kerana dia merasa tidak sedap hati dan resah. Akhirnya mereka berdua sampai ke tapak khemah dan Hafiz terus meluru kearah Syam dan Dani yang sedang memasak.

Sedang asyik mereka berbual-bual tiba-tiba terdengar jeritan Zainal yang sedang marah serta meracau-racau. Jeritannya itu sungguh menakutkan apabila sesekali suaranya bertukar menjadi kasar dan kuat. Kesemua rakan-rakan yang lain terus bergegas menuju kearah Zainal yang kelihatan meracau-racau itu. Mereka cuba untuk menenagkan Zainal namun kekuatan Zainal ketika itu mengatasi mereka semua. Melihat keadaan yang semakin menakutkan itu, Khairul yang sememangnya mempunyai pengalaman membantu membaik-pulih orang-orang yang dirasuk mula membantu memulihkan Zainal yang menjerit serta meronta-ronta tanpa kawalan. Keadaan dilihat semakin tidak terkawal, maka mereka terpaksa mengambil keputusan untuk keluar dari hutan itu bagi mendapatkan bantuan. Kebetulan sebelum memasuki hutan itu, mereka telah pun melaporkan akan hasrat mereka untuk berkhemah di situ. Hanya Syam dan Dani sahaja yang keluar meandapatkan bantuan, manakala yang lain membantu Khairul memulihkan keadaan Zainal. Beberapa minit perjalanan Syam dan Dani bertembung dengan tiga orang lelaki yang bernama Pak Harun, Pak Majid dan Wak jo yang sedang mencari madu lebah hampir dengan kawasan tapak perkhemahan mereka . Setelah Syam dan Dani memperkenalkan diri serta memberitahu keadaan Zainal yang agak menakutkan, Ketiga-tiganya bersetuju untuk membantu mereka.


Apabila mereka sampai di kawasan perkhemahan tersebut, mereka melihat keadaan Zainal yang semakin tidak terkawal apatah lagi dengan kehadiran tiga orang tersebut. Pak Harun yang sudah biasa dengan keadaan tersebut mula terkumat- kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta menyuruh mereka semua memegang Zainal yang sedang meronta dan menjerit-jerit tanpa hujung pangkal, dengan erat mereka semua memegang Zainal bagi mengelakkan dia daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Hampir satu jam ‘bertarung’, akhirnya mereka melihat Zainal mula longlai dan akhirnya jatuh pengsan. Setelah itu, Pat Harun menyapukan air yang dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran pada wajah Zainal dan dia mula membuka mata.


Dalam keadaan kebingungan dan kepenatan, Zainal bertanyakan pada rakannya kenapa mereka semua berada disebelah dengannya. Zainal turut bertanya siapakah gerangan ketiga-tiga orang yang dia tidak kenali itu. Setelah pulih Zainal diberitahu oleh Pak Harun bahawa dia telah disampuk hantu ketika mencari kayu api sebentar tadi. Mendengarkan kisah itu menjadikan Zainal benar-benar takut dan insaf dan selepas itu Zainal mula memohon maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi sikapnya yang suka bercakap besar dan celupar itu. Sejak berlakunya kejadian itu, Zainal tidak lagi suka bercakap besar, dia sedar bahawa padahnya amat buruk jika suka bercakap besar dan sentiasa menjaga percakapannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa…..Sekian..

2 comments:

madmal said...

aduh.. ni ceritera betul ke ceritera rekaan.. aish.. anyway, enjoy reading it.

malisssssa said...

aduh..ini hanya rekaan semata2.hu2,tq