Saturday, March 13, 2010

Suara Cermin Peribadi


Suara tak leh membayangkan kecantikan paras rupa seseorang, tetapi suara dapat menggambarkan peribadi. Hanya dengan berbual di telefon kita boleh baca sikap orang yang bercakap dengan kita sama ada tergagap2, gugup, terputus2 atau menengking kerana suara datangnya dari dalam diri.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
(Surah Lukman: 19)

Suara hati yang lembut, ikhlas dan lunak menggambarkan peribadi pemiliknya yang baik...

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai
(Surah Al-A'raaf: 204)

Kenali Jenis2 Suara:

1. Suara nyaring, jelas & lantang: Seorang yang berani dan bersifat tegas.

2. Suara sederhana kuat, tidak terlalu kuat @ terlalu perlahan ketika bercakap: Seorang yang sederhana serta boleh dipercayai pada cakapnya.

3. Suara yg kurang tertawa juga dlm masa yg sama tidak banyak bercakap: Seorang yang berpendirian tegas serta suka berfikir apabila membuat sesuatu kerja.

4. Suara yg kadang2 nyaring & kadang2 perlahan serta bercakap secara terburu-buru: Seorang yg pemarah & tidak tetap pendirian.

5. Suara yg lambat apb bercakap dan bercakap secara mengejut: seorang yg lambat berfikir. Ttp ia tak sama dgn suara org yg bercakap dgn sabar & tegas sebab mereka ini pon bercakap lambat2.

6. Suara yg bercakap secara terburu-buru & tak teratur: Seorang yg kurang sabar & gopoh bila buat sesuatu kerja.


Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu, dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.
(Surah al-Isra: 110)

No comments: