Pada suatu pagi, Cik Tipah ingin menghantar anaknya, Abu ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tipah pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tipah : Abu, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu mama ye...
Abu : Baiklah , mama!
Cik Tipah : Kena tak ? Kena tak?..
Abu : Tak,,tak.. Undurlah lagi mama...
Cik Tipah : Kena tak ? Kena tak?...
Abu : Undur lagi, lagi, lagi .... jauh lagi pokok tu, undur lagi..
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , Danggg... !!
Abu : Okay mama, dah kena pun pokok !
Cik Tipah : Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Abu : Kata mama tadi bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
No comments:
Post a Comment