Sunday, March 20, 2011

Berhati-hati terima bakal suami

KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam menasihatkan wanita tempatan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan bagi mengelak terperangkap agenda tersembunyi bakal suami, khususnya membabitkan warga asing yang menjadi trend baru pernikahan sekarang. Beliau berkata, pernikahan hendaklah berlangsung mengikut adat dan hukum syarak serta menggunakan jurunikah bertauliah mengikut kariah masing-masing serta mengelak kahwin lari atau secara tersembunyi terutama di selatan Thailand.


“Saya dapati trend pernikahan membabitkan warga asing dan wanita tempatan di selatan Thailand semakin meningkat dan membimbangkan. Satu jalan penyelesaian perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan berkahwin di negara jiran. “Saya tidak menolak kemungkinan ramai penduduk Perlis yang bersempadan dengan Thailand turut mengambil kesempatan berkahwin di sana (selatan Thailand) kerana dianggap mudah tanpa memikirkan kesan di segi jangka panjang perkahwinan terbabit,” katanya ketika ditemui di Dewan 2020, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/

Wednesday, March 16, 2011

Jepun : Krisis nuklear makin buruk

MANGSA tsunami masak dan makan di depan kediaman mereka yang rosak di Ishinomaki, Miyagi, semalam.

SENDAI: Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu Jumaat lalu, semalam menghamburkan radiasi berbahaya. Ia sekali gus menjejaskan pasaran saham dan mendorong orang ramai bergegas ke pasar raya untuk membeli stok makanan.

Di kebanyakan bandar, penduduk yang bimbang, menyerbu pasar raya untuk membeli bekalan makanan dan air, menyebabkan kerajaan memberi amaran tindakan mereka boleh menjejaskan usaha menghantar bantuan ke kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Namun, penduduk Tokyo memenuhi kereta api untuk ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan topeng muka dan bekalan kecemasan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan radiasi merebak ke wilayah mereka. Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, tahap radiasi di sekitar loji Fukushima 1 meningkat agak tinggi sementara ketua jurucakapnya mengumumkan ia sudah mencapai paras yang membahayakan kesihatan.

Di Tokyo, kira-kira 250 kilometer ke barat daya Sendai, pihak berkuasa juga berkata, paras radiasi yang lebih tinggi daripada biasa dikesan di ibu negara itu tetapi belum mencapai tahap berbahaya.

sumber : http://www.hmetro.com.my/

Monday, March 14, 2011

Hari istimewa

Terima kasih Ya Allah SWT untuk usia yang telah Engkau berikan kepada Ku saat ku dilahirkan sehingga kini. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih jua untuk setiap cubaan serta cabaran yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan pada diri ini. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu Ya Allah SWT.

Namun begitu, engkau masih menerima walau terkadang aku lupa dan alpa serta silap menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan itu.Betapa besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku seringkali merungut ketika saat-saat lemahku datang bertandang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... Lindungilah aku dan peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.Ya Allah..Terimalah permohonan hambaMu yang lemah ini..Aminnn..