Wednesday, March 16, 2011

Jepun : Krisis nuklear makin buruk

MANGSA tsunami masak dan makan di depan kediaman mereka yang rosak di Ishinomaki, Miyagi, semalam.

SENDAI: Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu Jumaat lalu, semalam menghamburkan radiasi berbahaya. Ia sekali gus menjejaskan pasaran saham dan mendorong orang ramai bergegas ke pasar raya untuk membeli stok makanan.

Di kebanyakan bandar, penduduk yang bimbang, menyerbu pasar raya untuk membeli bekalan makanan dan air, menyebabkan kerajaan memberi amaran tindakan mereka boleh menjejaskan usaha menghantar bantuan ke kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Namun, penduduk Tokyo memenuhi kereta api untuk ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan topeng muka dan bekalan kecemasan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan radiasi merebak ke wilayah mereka. Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, tahap radiasi di sekitar loji Fukushima 1 meningkat agak tinggi sementara ketua jurucakapnya mengumumkan ia sudah mencapai paras yang membahayakan kesihatan.

Di Tokyo, kira-kira 250 kilometer ke barat daya Sendai, pihak berkuasa juga berkata, paras radiasi yang lebih tinggi daripada biasa dikesan di ibu negara itu tetapi belum mencapai tahap berbahaya.

sumber : http://www.hmetro.com.my/

No comments: