Wednesday, February 24, 2010

Tetamu yang tak diundang !!!

Meh nak cerita sat..

Tetamu tak diundang yang dimaksudkan ni tak de kene-mengena dengan manusia yang hidup atau yang dah meninggal dunia.. Tetapi kehadirannya di rumah saya baru-baru ni sungguh meninggalkan kesan yang fuhyooooo...tak tau la nak cakap apa. Masa dia datang tu hanya saye sorang je ada di rumah, manakala abah, ma, adik beradik dan yang seangkatan dengannya tak de..

Okey..nak dijadikan cerita, pagi tu tengah saya menggoreng kentang sambil syok menyanyi lagu Dewa (lagu Larut) emmm memang larut habis lah..entah sedap ke tidak saya nyanyi tu main syok sendiri je tetiba tetamu ni datang...entah dari mana dia muncul tengok-tengok dah ada kat kaki...oppocot!! terkejut singa laa...waduh-waduh aiiii apa lagi terus
saya melompat dan zassssss hungga-hungga terus lari sepantas juara pecut dunia..emmm yeke?? ye la kottt..tak kisah la ooiii janji dapat selamatkan diri dan jauh dari dia...korang nak tau dan nak tengok gambar dia tak?? kalo nak tau molek sangat lah tu..okey ni dia: taranggg...






ooooooooooo ni rupanyaaaaaaa....ini la dia, ular senduk, "ulaq" orang Kedah panggil cam tu ek!...orang terengganu panggil ulor.. saya pong panggil ulorrrr....ular ni bisa weiii..nih bukang buleh wak maing-maing (eh silap!! maksud saya) ini bukan boleh buat main-main..kekgi nye ketik mung mapuh kerah cokkeng..(heee maksud saya) nanti ular ni senduk, mati laa..





Ular ni masuk umah saya kat bahagian dapur dan bila saya terkejut dia pon terkejut sama..saya lari takut dia, dia pon lari takut saya...emmm betul ke?? entah la...tapi saya terkejut dan terus lari ke kanan, dia plak lari ke kiri...(imbas kembali!!) alamak...alamakkkk...apa yang patut ku buat niiiiii...orang lain kat umah sorang pon tak de. jiran yang lelaki pon pegi keje, yang pompuan sah-sah takut, tak leh harap jugak..okey-okey sebelum tu kene tarik nafas dalam-dalam...dan pikir secara hebat!!..okey, pertama saya amik penyapu, kira nak gi halau keluar..iisshhh mana mungkin dia nak ikut arahan ku..kentut betul la!!

Sekarang ular tu dah nyorok bawah sofa..saya siap 'sound' kat ular tu...""kalo awak tak mahu mati, lebih baik keluar dari umah ni cepat, nanti orang lain datang belasah, saya tak leh selamatkan masa tu nanti""..halau-halu pon tak mahu keluar..okey tak pe, saya maklum pada mak dulu, tepon mak.. Mak tengah keje masa tu...lebih kurang 15 minit mak balik...emmmm mak pon tak berani nak buat pape..okey, pastu tepon ayah..ayah kuar ngan kawan dia jauh dan mungkin amik masa lama nak balik..pastu mak tepon kawan dia. Kawan mak yang lelaki ni pon datang la bawak serkup n kayu...kira nak tangkap ular tu..lepas dia tengok ular tu.....ooooooooo tidakkkkkkk.....besarnyaaa.....tak berani la saya....dia cakap cam tu...heh..heh ...pastu saya tepon ayah sedara. Ayah sedara ni dah memang selalu tagkap ular...so, Ayah sedara dan kawan mak tu la yang 'settlekan'...Sebelum tu ada jugak telefon bomba, tapi lama sangat menunggu,,,tak datang-datang pon......



Ini la dia, ular ni dah selesai ditangkap....amik masa dalam 45 minit dan hampir 1 jam. lama jugak pasal ayah sedara tak berapa nampak jelas ular tu nyorok bawah kerusi...ini bukan kali pertama ular masuk ke rumah...sebelum ni dah masuk terutama masa banjir...Itu la sebabnya belakang umah ni ada pokok dan semak-semak sikit....dalam proses membersihkan..tapi sekejap je, pastu semak-semak tu tumbuh subur balik...



Ini dia lagi...lepas dah belasah tapi masih hidup lagi ni...Ayah sedara pon baringkan dia atas jalan...maaf ye...kami tak berniat buat kamu macam ni wahai ular...tapi dah bagi peluang suh lari keluar kamu tak mahu...selamat tinggal..........................Lepas ni, semoga dijauhkan perkara sebegini daripada berulang lagi....

Sunday, February 21, 2010

Kegagahan Lelaki & Wanita


***Kegagahan Lelaki & Wanita
****
######################
#############
#######

Kegagahan yang ada pada seorang lelaki dan wanita adalah berbeza. Mungkin ada sesetengahnya adalah sama tapi tidak serupa. Namun, ada yang menilai kegagahan itu dengan cara yang berbeza mengikut pemikiran masing-masing. Perbezaan itu kadangkala mempunyai kelebihan dan kekurangan yang menjadi sebab untuk manusia saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT...Walauapapun penilaian anda, jadikanlah ia satu kelebihan yang positif. Di sini ada sedikit info yang berguna untuk kita kongsi bersama........peace!!

""" KEGAGAHAN LELAKI """

Kegagahan bagi seorang lelaki bukanlah dilihat dari segi rupa dan bentuk fizikal, tetapi dilihat pada kecekalan hatinya.. Seorang lelaki yang gagah adalah:

~~ Lelaki yang tidak pernah berputus asa
~~
~~ Lelaki yang tenang dan berlapang dada ~~

~~ Lelaki yang baik sangka
~~
~~ Lelaki yang sedia menerima segala teguran
~~
~~ Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
~~
~~ Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan ~~


::: KEGAGAHAN WANITA :::

Seorang wanita dilihat gagah bukan diukur pada pejalnya otot badan, tetapi dilihat pada kekuatan perasaan. Wanita gagah adalah wanita yang:


~~Wanita yang tidak takut pada kemiskinan ~~
~~ Wanita yang mampu menerima sebuah kehilangan
~~
~~Wanita yang tidak meminta-meminta agar dipenuhi segala keinginan ~~
~~ Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan ~~







Saturday, February 20, 2010

Sakitnya diterjah RINDU.....


Gambar sekadar hiasan tau!
..................................................................................................................................................... ***************** *****
******
***
Sekiranya dirimu ingin mencintai diriku, cintailah diriku dalam diam, kerana aku tahu ianya tak mungkin termakbul...Setiap hari aku berharap supaya boleh sekiranya ditukarkan hidupku dengan hidupmu, tetapi mana mungkin ditakdirkan sebegitu.. Setiap saat menanti, aku keletihan begini..Setiap detik menunggu, aku tak pasti..Maafkan sayang, sekiranya ilusiku ini mengatasi kemampuanku...

Betul...!!! rindu itu adalah nikmat untuk dirasai dan dipunyai..tetapi rindu yang tak terbatas akan membuatkan diri menjadi lemas dan rimas tak berkesudahan. Jika terlalu rindu, kasih dan sayang, anggaplah ia seperti masa dan keadaan yang selalu berubah..Jadikan ia sebagai semangat untuk kita mencipta kejayaan dan kecemerlangan hidup. Rasa rindu tak akan datang menerjah kita sentiasa, pabila ia datang, gunakan peluang sebaik mungkin dengan cara yang lebih kreatif. Jadikan ia sebagai suntikan vaksin yang dapat mempertahankan dan menyembuhkan penyakit, ia pasti berkesan...

Wahai rindu...aku sentiasa menantimu...Syukur Alhamdulillah,, ia adalah nikmat kurniaan Ilahi yang mendamaikan hati..............

*********************************** ********************* **********
*******
***

Friday, February 19, 2010

Mulalah menulis..ia sesuatu yang menyeronokkan

hilangkan stress dengan menulis..


Menulis itu menggambarkan tentang ekspresi diri kita, menulis itu menyenangkan hati, menulis itu boleh menghasilkan idea itu ini, dan menulis adalah sebahagian daripada kehidupan kita... Namun rugilah, sekiranya masih banyak orang yang menganggap bahawa menulis itu perkara yang sulit...jangan fikir begitu..mulalah menulis dari sekarang..tulis lah apa sahaja yang kita rasa seperti gembira, sedih, lucu, kenangan hidup, pengalaman manis, impian kita atau sebagainya. Kerana dengan menulis, kita dapat mengembangkan idea dan dapat mencerdaskan otak. Ia juga dapat menghilangkan stess dan pasti menjadi lebih seronok jika dikongsi bersama teman-teman....
Segalanya bermula di sini........


Mula sekarang!!
-----------------
Langkah Awal untuk biasa Menulis:

Awal mula pertama mula saat anda menyatakan ingin menulis mungkin hasrat itu ibarat "hangat-hangat tahi ayam" dan anda terdiam begitu saja, maka selama itulah anda tidak akan terbiasa untuk menulis. Cubalah langkah pertama ini yang 'senang macam kacang; saja tetapi impaknya sungguh hebat....

******Latihan*******

Pertama sekali anda harus melatih diri untuk terbiasa menulis. Caranya adalah dengan menyalin hasil tulisan orang lain. Harus diingat!! ini bukanlah untuk cetak rompak tetapi untuk membiasakan anda dengan latihan menulis.Sebaiknya carilah apa-apa sahaja cerita sama ada dalam majalah, akhbar,buku-buku atau sebagainya untuk dijadikan bahan untuk anda melatih menulis. Ingat!! jangan "copy and paste" bahan penulisan itu sebaliknya anda harus taip sendiri, jika hanya "copy and paste" sudah pasti latihan untuk terbiasa menulis tidak menjadi.

Carilah bahan cerita yang menarik dan Ulanglah sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar sudah terbiasa dan Sehingga anda terasa otak anda sudah aktif dan boleh membuat olahan dari cerita tersebut."TERBIASA MENULIS" adalah lorong menuju dunia penulisan. Inilah langkah awal yang akan menjadikan anda seorang penulis hebat. Mungkin anda akan cakap ia satu langkah yang mudah "simple" dan senang saja, maka dengan itu tiada lagi alasan untuk anda tidak melakukan langkah mudah ini yang manfaatnya sungguh besar..

Ulang menulis bukan hanya agar Anda pandai menulis, tetapi manfaat lainnya Anda dapat menyerap ilmu dari bacaan dan pemahaman menjadi lebih baik. Ini juga akan menjadi bekalan untuk anda menjadi penulis yang hebat.

Latihan ini adalah suatu kebiasaan yang baru bagi otak dan tubuh Anda. Kebiasaan akan memberikan kekuatan luar biasa untuk kemampuan Anda. Adalah benar jika ada orang yang mengatakan "alah bisa tegal biasa"...
SELAMAT MENCUBA...


mula menulis semudah A,B,C......

Friday, February 12, 2010

SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA.


...SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA...


"Lepas baca ni jangan lupa tengok molek2 rambut boyfriend ke, dady ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri........"

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian...

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung..

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah..