Saturday, February 20, 2010

Sakitnya diterjah RINDU.....


Gambar sekadar hiasan tau!
..................................................................................................................................................... ***************** *****
******
***
Sekiranya dirimu ingin mencintai diriku, cintailah diriku dalam diam, kerana aku tahu ianya tak mungkin termakbul...Setiap hari aku berharap supaya boleh sekiranya ditukarkan hidupku dengan hidupmu, tetapi mana mungkin ditakdirkan sebegitu.. Setiap saat menanti, aku keletihan begini..Setiap detik menunggu, aku tak pasti..Maafkan sayang, sekiranya ilusiku ini mengatasi kemampuanku...

Betul...!!! rindu itu adalah nikmat untuk dirasai dan dipunyai..tetapi rindu yang tak terbatas akan membuatkan diri menjadi lemas dan rimas tak berkesudahan. Jika terlalu rindu, kasih dan sayang, anggaplah ia seperti masa dan keadaan yang selalu berubah..Jadikan ia sebagai semangat untuk kita mencipta kejayaan dan kecemerlangan hidup. Rasa rindu tak akan datang menerjah kita sentiasa, pabila ia datang, gunakan peluang sebaik mungkin dengan cara yang lebih kreatif. Jadikan ia sebagai suntikan vaksin yang dapat mempertahankan dan menyembuhkan penyakit, ia pasti berkesan...

Wahai rindu...aku sentiasa menantimu...Syukur Alhamdulillah,, ia adalah nikmat kurniaan Ilahi yang mendamaikan hati..............

*********************************** ********************* **********
*******
***

1 comment:

muhsin mohamad said...

kadang2 rasa rindu itu akn membatasi wktu dn usia kita dan boleh mengundang kealpaan...