Thursday, May 9, 2013

Pecut Lamborghini ...dah kena saman RM2,904...



 Lamborghini Avendator

Rm2,904 tu bukanlah banyak sangat pon bagi penyanyi popular  yang sorang ni..Menurut Polis di Dubai, mereka telah  mengesahkan bahawa Justin Bieber mengumpul enam saman kerana memecut ketika berada di bandar raya itu apabila berlumba di sepanjang lebuh raya dengan kereta Lamborghini Avendator malam Isnin lalu...

Penyanyi berusia 19 tahun itu yang membuat persembahan dua konsert di Dubai pada Sabtu dan Ahad, memandu supercar bernilai 1.5 juta dirham (RM1.2 juta) itu ke konsertnya Ahad lalu dan disaman di Jalan Shaikh Zayed dan dalam perjalanan ke Stadium Sevens di Jalan Al AIn. Lamborghini Aventador adalah model kemegahan Itali dan mempunyai kelajuan 350 kilometer sejam dan 691 kuasa kuda.

Polis berkata, kereta sport mewah dipandu Bieber itu dirakam kamera radar beberapa kali di Jalan Shaik Zayed dan dia memandu secara cuai. Kereta Lamborghini itu dikesan polis peronda melebihi had laju jalan raya dan polis cuba menghentikan pemandunya sebelum saman dilayangkan. Saman memecut di Dubai ialah 600 dirham (RM484) dan ini bermakna Bieber perlu membayar sekurang-kurangnya 3,600 dirham (RM2,904) walaupun tidak dipastikan bagaimana saman itu akan dibayar...... kalau sahih berita ni, Justin Bieber cool je..setakat 2,3k apa lah sangat, celah gigi je, bleh bayar bila-bila masa.....


sumber : Harian Metro 





No comments: