Wednesday, May 8, 2013

Kecoh pasal Ashraf Muslim mau kawen lagi...



Kecoh makcik-makcik dok bercerita pasal hero pujaan yang sorang ni Ashraf Muslim ler...ceritanya lebih kurang cam ni.. kononnya dia telah pergi ke mahkamah syariah bagi membuka fail kebenaran berkahwin dua selepas gagal menimang cahaya mata bersama isteri, Noor Dayana...huhh! betul ke idak citer ni tak tau ler.. Tapi menurut Ashraf, buat masa sekarang dia tidak boleh kongsikan lagi isu yang melanda rumahtangganya dan pelakon ini juga dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi tersebut.
katanya .."Saya tak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah...
Bukan tu saje, ada cerita lain plak..pasal cahayamata katanya... Ashraf akui masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun usia rumahtangganya bersama Noor Dayana hampir memasuki tiga tahun...(baru 3 tahun... besabar skit lagi insyaallah..ada rezeki tu..)
katanya "buat masa sekarang belum ada rezeki lagi. Kami ada berikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional tapi belum rezeki kami....
** bersabar dan jgn brputus asa..sentiasa bersyukur krn dah berumahtgga, tak seperti sesetengah golongan...(cam kiter ni...)  yg belum bertemu jodoh.....huhuhu

No comments: