Wednesday, May 15, 2013

Dia sudah berubah...



Ibu  pelakon Afiq Muiz iaitu Hasliza Mohd, 48 : "Dia sudah berubah... seperti anak derhaka. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu................

Afiq Muiz :  “Saya sayangkan ibu kerana dia yang lahirkan saya. Jadi, saya tidak pernah membuang ibu, tetapi ibu yang usir saya dari rumah,” kata pelakon muda, Afiq Muiz, 21, mengenai hubungan dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam selepas kecewa dengan kenyataan Hasliza dalam sebuah portal yang menggelarnya anak derhaka dan mendakwa sikapnya berubah selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon, Eina Azman, 18. Afiq yang popular menerusi drama bersiri di TV3, Mimpi Cinderella dan Bangkitnya Seorang Perempuan berkata, dia juga kecewa kerana ibunya mendedahkan perselisihan faham dan hal dalaman keluarga mereka kepada umum.

  “Saya kecewa dan sedih apabila ibu memalukan saya di media. Saya tidak pernah menderhaka, tetapi berusaha mencari rezeki mengubah kehidupan keluarga.“Namun, apabila mereka (keluarga) tahu saya berkawan dengan Eina, saya dikutuk, dikritik serta dihalau dari rumah. Eina pula dituduh mengikis semua wang simpanan saya,” katanya sambil menangis.....
                                                                                                    

No comments: