Tuesday, April 12, 2011

spesis udang yang jarang ditemui..










Ditemukan di terumbu karang   Tutup  
Dari salah satu pulau terpencil di Lautan Pasifik  

Monday, April 11, 2011

padah lepas menguap tak leh tutup mulut

LONDON: Seorang pelajar yang bosan ketika mendengar kuliah mengenai kerajaan dan politik, sangap terlalu besar hingga menyebabkan rahangnya terkehel.Rakaman mengenainya menerusi YouTube menjadi sensasi apabila ditonton sebanyak 600,000 kali.MulutHolly Thompson, 17, tidak boleh ditutup sejak dia menguap terlalu besar. Dia terpaksa dibawa ke hospital selepas rahangnya terkehel, lapor akhbar The Sun.
Pada awal kejadian, Holly meminta rakan sekelasnya untuk membantu menutup mulutnya tetapi tidak berjaya.

Jururawat sekolah melakukan segala-galanya, termasuk menggunakan air panas dan bungkusan ais untuk membetulkan rahang Holly tetapi ia tidak membantu.Holly kemudian dihantar ke Hospital Northampton.

Doktor Ejiro Obakponovwe, menggunakan 26 serpihan kayu untuk membuka mulut Holly lebih besar, cukup untuk melenguhkan otot rahang dan membenarkan pelajar itu menutup semula mulutnya.“Saya begitu terkejut. Saya sungguh malu dengan kejadian itu. Apabila menyedari saya tidak dapat menutupnya, seorang rakan memberitahu guru. Semua orang ketawa,” kata Holly. - Agensi

Apa kena mengena jam Omega ??

KUCHING: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berang apabila diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang selama ini mencetuskan tanda tanya berikutan tersebarnya video lucah yang didakwa membabitkan dirinya.“Kenapa saya perlu ‘entertain’ (layan) soalan macam ini? Nanti keluar besar-besar kata Anwar gagal jawab. Memang ada orang yang terlalu minat dengan seks dan pornografi. Awak (wartawan) tanya kenapa tak serahkan jam kepada polis.


“Tetapi, jawapan saya, bila polis minta? Polis tak minta (serahkan jam). Apapun biar polis yang tanya berhubung hal ini,” katanya.

Suasana sidang media berkenaan yang mulanya seperti biasa bertukar panas dan tegang beberapa minit sebaik wartawan bertanyakan mengenai misteri jam berkenaan sebelum Anwar terus mengarahkan kepada soalan lain yang lebih menjurus pilihan raya negeri ke-10, Sabtu ini. Berikut sesi soal jawab wartawan pada sidang media yang dihadiri Anwar, semalam. Wartawan: Datuk Seri, berkenaan video seks yang didakwa...(belum sempat dihabiskan)? Anwar: You (awak) dari mana? Apa kena mengena jam Omega. Saya tahu soalan itu nanti membantu akhbar (Utusan) dan nanti tulis besar-besar Anwar gagal jawab. Sebab apa saya kena jawab?

Wartawan: Saya media Datuk Seri. Anwar: Ya betul. Azizah (isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dah jawab. Saya datang di sini kalau betul nak cari kebenaran. Wartawan: Sebelum ini, Datin Seri Azizah kata, ada jam Omega itu dalam simpanan, tetapi setakat ini belum lagi menyerahkan kepada polis? Anwar: Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? You (awak) kata kenapa tak serah kepada polis. Soalannya, polis minta? Jawapannya polis tak minta. You please (awak tolong), you (awak) tanya soalan saya jawab.

Wartawan: Tetapi, Datuk Seri tak menjawab? Anwar: You (awak) bagi tahu polis minta, saya bagi tahu polis tak minta. Let the police ask, what is the issue (biarkan polis tanya, apa isu). The issue is the video (Isunya adalah video itu). Then you ask me the hotel (Kemudian awak tanya berkenaan hotel itu), what should me entertaining that sort of question (apakah perlu saya layan soalan seperti ini). Let the police deal with it (Biarkan polis selesaikannya). Now next question (Sekarang, soalan lain), some people (ada orang) minat dia seks dan pornografi. Don’t drag me into it (Jangan babitkan saya). You interested on blue film, you go participate (Awak berminat dengan filem lucah, teruskan).

Selepas beberapa minit soal jawab tegang itu berlangsung, Anwar mengalih kepada soalan lain dan enggan menjawab lagi soalan wartawan berkenaan berhubung jam tangan Omega. Media sebelum ini melaporkan, Wan Azizah pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, minggu lalu, juga dilaporkan kurang senang apabila wartawan bertanyakan mengenai jam Omega milik Anwar yang dikatakan diambil daripada wanita dalam video klip berkenaan. Laporan sebelum ini memetik, jam berkenaan masih ada pada Wan Azizah, tetapi apabila didesak beberapa wartawan supaya menunjukkan jam berkenaan sebagai bukti, beliau enggan dan berkata; Why I have to show...are you the presecutor? (Kenapa saya perlu tunjukkan...adakah awak pendakwa raya).