Monday, April 11, 2011

padah lepas menguap tak leh tutup mulut

LONDON: Seorang pelajar yang bosan ketika mendengar kuliah mengenai kerajaan dan politik, sangap terlalu besar hingga menyebabkan rahangnya terkehel.Rakaman mengenainya menerusi YouTube menjadi sensasi apabila ditonton sebanyak 600,000 kali.MulutHolly Thompson, 17, tidak boleh ditutup sejak dia menguap terlalu besar. Dia terpaksa dibawa ke hospital selepas rahangnya terkehel, lapor akhbar The Sun.
Pada awal kejadian, Holly meminta rakan sekelasnya untuk membantu menutup mulutnya tetapi tidak berjaya.

Jururawat sekolah melakukan segala-galanya, termasuk menggunakan air panas dan bungkusan ais untuk membetulkan rahang Holly tetapi ia tidak membantu.Holly kemudian dihantar ke Hospital Northampton.

Doktor Ejiro Obakponovwe, menggunakan 26 serpihan kayu untuk membuka mulut Holly lebih besar, cukup untuk melenguhkan otot rahang dan membenarkan pelajar itu menutup semula mulutnya.“Saya begitu terkejut. Saya sungguh malu dengan kejadian itu. Apabila menyedari saya tidak dapat menutupnya, seorang rakan memberitahu guru. Semua orang ketawa,” kata Holly. - Agensi

No comments: