Sunday, October 23, 2011

~ Bau bAdaN TengiK !...sape ???




 
Hasil kaji selidik dilakukan No Sweat menunjukkan, 65 % rakyat Malaysia sering menjadikan faktor bau badan rakan mereka sebagai bahan berseloroh. Lebih mengejutkan, 60 % rakyat negara ini sanggup menahan nafas daripada menegur secara berterus terang mengenai bau badan orang lain...OMG...hehehe


5 mitos berkaitan peluh dan bau badan:
***************

1. Mitos: Kita hanya berpeluh pada hari panas

Hakikat: Kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal.



2. Mitos: Berpeluh sedikit tidak menyebabkan bau badan

Hakikat: Peluh tidak berbau tetapi bakteria bertindak dengan peluh dan menyebabkan bau badan. Jadi, hanya sedikit peluh mampu menyebabkan bau badan.



3. Mitos: Wangian dapat melindungi daripada bau badan

Hakikat: Tidak. Hanya deodoran anti-peluh berupaya membasmi bakteria pada permukaan kulit, justeru melindungi bau badan.



4. Mitos: Saya tidak mempunyai bau badan

Hakikat: Kajian menunjukkan kita tidak berupaya mengesan bau badan sendiri. Malah, rakan kita juga segan untuk memberitahu kita mengenainya.



5. Mitos: Deodoran tidak selamat digunakan kerana menyumbat liang roma

Hakikat: Penggunaan deodoran selamat kerana membantu menghalakan peluh ke bahagian badan lain di mana peluh dapat menyejat dengan cepat.


Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bakteria tidak akan singgah di tempat bersih. Gunakan deodoran yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bakteria daripada bertindak balas atas permukaan kulit. Kebanyakan produk deodoran di pasaran hanya bertindak menghalang bahagian ketiak berbau, jadi bagi yang mempunyai masalah ini, guna produk mengandungi bahan anti-bakteria. Berdasarkan kajian, enam daripada 10 individu tidak menggunakan deodoran kerana beranggapan mereka tidak berpeluh hanya kerana bekerja di tempat berhawa dingin serta tidak banyak bergerak.  

Hakikatnya, anggapan itu tidak benar kerana pengeluaran peluh juga dipengaruhi perubahan emosi, suhu dan pergerakan fizikal. Aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan kafein, coklat serta makanan mengandungi unsur zink kerana ia mampu bertindak balas dan menghasilkan peluh apocrine. Produk berasaskan asid borik juga boleh mengawal bau badan kerana ia berupaya menghalang pertumbuhan bakteria pada badan. Bagaimanapun, dinasihatkan supaya menggunakannya dalam kadar diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit. Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

sumber : harian metro