Wednesday, September 29, 2010

Rahsia melalui tulisan



Pertama: Tekanan.
 Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

sumber: http://feryco.com/rahsia-melalui-tulisan


8 sebab suami benci isteri




8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak-anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu
++++++++++++++++++++++++
** CABAR** Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

**CABUL** Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

**CELUPAR** Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

**COMOT** Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


**CEMBURU** Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami baliklewat overtime dah syak yg bukan2…


**CEREWET** Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


**CINCAI** Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


**CUAI** Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Monday, September 27, 2010

Diri sendiri perlu jadi contoh

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah.

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa.

Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan.

Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain? Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin. Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari.

Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil. Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan. Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil. Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri...WASSALAM~

sumber:
www.hmetro.com.my

Sunday, September 26, 2010

KELEBIHAN BISMILLAH



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih´


Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
- Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka
ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.´
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:
- Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.´ Selain itu Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan lain. Antaranya adalah :-

1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia
akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan
bebal.

2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kaliketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan,kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3. Apabila di baca sebanyak 1 9 kali apabila bertemu dengan orang yangberpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akanmenjadi lembut.

4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali,insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtanggatersebut.

5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit
selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.

6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklahdibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, diaakan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak100 kali pada hari ahad di saatmatahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akanmenganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan
pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selamatujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplahkebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apayang didengarnya.

10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapanorang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tundukatau ketakutan.

11. Barang siapa menulis Bismillah101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t makasebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduksebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekahsemampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membacasatu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohonkepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yangmengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.´ Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MUdengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yangtiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantukapa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nyadi langit dan di bumi. ³Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab(tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, danmengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepadapenghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, danberilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan««. ´ Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkanoleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dandipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa,disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membacaBismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannyadan membaca doa yang bererti : ´ Ya Allah, bukakanlah bagiku pinturahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keataskuperasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkanlahuntuk ku memperolehi rezeki-Mu dari sekalian makhluk-Mu,sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu´.

14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan denganmenulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepadaorang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafazBismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepadaorang sakit kepala itu.

16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan olehAllah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyangAsar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis danmenghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian,mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allahdengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akandikabulkan Oleh Allah.

17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kalidengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, makadia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketikamenghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Dari
http://blog.mixterr.com/kelebihan-bismillah/