Wednesday, November 30, 2011

Sudah 17 tahun makan bedak dan sabun...

makan bedak best tuuu..
makan sabun la plak...

**************

KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu. “Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian. “Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.


Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras. “Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila. “Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu. “Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini. Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu. “Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

 *******************

"Jika anda merasa pendapat anda tidak didengar, ketahuilah, sebenarnya
anda tengah belajar untuk menghargai....."


sumber: harian metro

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki yg mempunyai 16 anak dan 14 wanita...


LONDON: Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini. Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi. Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi. Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu. Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan.

Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu.

Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anaknya juga bergantung kepada bantuan kebajikan.
Ibu Cumming, Lorraine yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata, dia malu dengan perbuatan Cumming dan menggesa dia bekerja lebih keras untuk menyara semua anaknya.

“Dia sudah begitu lama menganggur tetapi tidak ada tanda-tanda mahu bekerja. “Kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan walaupun saya begitu menyanyanginya kerana dia anak saya, saya begitu kecewa dengan sikapnya. “Sungguh sukar untuk berdepan dengan keadaan ini tetapi saya berusaha untuk menjenguk semua cucu saya. Dia langsung tidak peduli walaupun dia menyangka dia bapa yang baik kerana tinggal dengan tiga daripada mereka.

Lorraine juga menyelar sikap bebas anaknya dalam memilih teman. “Saya sungguh sedih kerana dia langsung tidak mempedulikan anak sulungnya, Samantha yang saya pelihara sejak dilahirkan. Usia wanita yang digauli anak saya ketika ini tidak jauh beza daripada Samantha. Dia sungguh sukakan gadi remaja. Saya boleh sifatkan dia sebagai pemangsa seks.” Cumming berusia 17 tahun apabila Samantha dilahirkan pada 1995.

Lorraine dan suaminya terpaksa membesarkan Samantha, yang kini berusia 16 tahun, seperti anak mereka sendiri. Antara 1997 dan 2002, Cum- ming menjadi bapa lima anak hasil hubungan dengan lima wanita berlainan. Pada 2004, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilahirkan selang beberapa bulan dan antara Disember 2007 dan Ogos 2008, bekas pekerja bar itu memperoleh tiga lagi anak. - Agensi

sumber : harian metro

Monday, November 28, 2011

Sebelum kita........fikirkan!!!


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali...
 
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan...

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya...

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup...

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tantang kemiskinan..
Fikirkan tetang org lain..yang setiapa hari mencari sesuap nasi..kaki jadi kepala,kepala jadi kaki.terkadang sehari tidak makan dan mereka lupa dan bahkan seakan tidak lagi pandai tersenyum...

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan...

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa...

Sebelum kita mencari kesalahan org lain fikirkan..adakah kita punya kesalahan??

Sebelum kita bangga dgn kecantikan dan katampanan..Fikirkan..sebuah contoh..seorang seperti michael jackson,dan kalangan yg elite ternyata berakhir kedalam kuburan..

Sebelum kita menganggap diri lebih berilmu..
pikirkan..pada salah satu sisi lain..ternyata kita tidak punya kelebihan apa apa yg dimiliki org lain.

Sebelum kita bangga dalam segala hal..
pikirkan..ternyata kesombongan tidak pernah berakhir dgn kebaikan.

berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup,dan masih sempat mengubah diri menjadi lebih baik.
Pikirkan mereka mereka yg tidak lagi sempat bertaubat mati dalam dalam kehinaan..

Semoga menjadi renungan kita bersama.....<3

Saturday, November 26, 2011

Bertolak-tolak Kerana BlackBerry Bold 9790



JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia menyerbu sebuah pusat beli-belah semata-mata untuk membeli telefon bimbit BlackBerry Bold 9790s yang mula dijual di seluruh dunia, semalam. Bimbang berlaku rusuhan, anggota polis mula ditempatkan di jalan berdekatan untuk memastikan lalu lintas, lancar. Dengan tawaran potongan harga 50 peratus daripada harga asal AS$540 (RM1,730) untuk 1,000 pembeli pertama, orang ramai sudah mula beratur panjang di hadapan pusat beli belah Pacific Place sejak malam kelmarin.

Mereka mula menggoncang pagar pada awal pagi semalam. Kira-kira 3,000 orang berang apabila mendengar khabar angin yang telefon bimbit pintar yang dikenali sebagai Bellagio sudah habis dijual.
Beberapa orang pengsan dalam kejadian tolak menolak itu. Sejak beberapa tahun lalu, rakyat Indonesia dilanda ‘gila teknologi’. Dengan pengguna seramai enam juta, BlackBerry mendominasi pasaran telefon bimbit pintar. - AP

Sumber: harian metro

Hasil niaga RM118,000 Fauzi Nawawi lesap



KUALA LUMPUR: “Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi. Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.

Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan. “Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.


“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan. “Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi. “Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.

“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.

Sumber : harian metro

Wednesday, November 23, 2011

Gaya Jalan Nabi Muhammad S.A.W

Abu Hurairah menceritakan, aku tidak pernah melihat seorang pun yg terlebih kacak drp Rasulullah. Cahaya wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar dimukanya. Saya tidak pernah melihat seorang pun yg terlebih lasak berjalan drp baginda seolah-olah bumi menggulung utknya.

Sekiranya suatu ketika baginda di sini, sekejap lagi kelihatan baginda di sana.Walaupun ada ketikanya baginda berjalan secara biasa, kami yg mengikuti baginda terpaksa melangkah dgn susah payah. Baginda tidak berjalan berlenggang-lenggok seperti wanita. Drp gaya berjalannya yg bertenaga dan lasak itu kelihatannya spt menuruni dr tempat yg tinggi.....

~~> Dgn gabungan antara keupayaan melaksanakan tugas dan penampilan serta gaya yg sesuai sbg seseorg..maka kita mampu memancarkan kuasa menarik !!! Gaya berjalan adalah impresi pertama yg HEBAT !...

Thursday, November 17, 2011

Penangan Cinta Minah Salih AS...


KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.
Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu. Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini. Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.


“Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu. “Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit. “Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.
“Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka. “Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni. “Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama. “Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis. “Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. “Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.

sumber: harian metro

Wednesday, November 16, 2011

Imam Tua Isteri Muda...

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu 
pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu. Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.

sumber: harian metro

Tuesday, November 15, 2011

Lelaki amal ilmu hitam dihukum penjara, sebat 300 kali

Berita Luar Negara..

MAKKAH: Seorang warga Afrika telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan sebatan 300 kali oleh hakim di mahkamah di sini kerana mengamalkan ilmu hitam dekat dengan kawasan Jamrah di Mina, pada hari ketiga Hari Raya Aidiladha.
Anggota polis yang berada di sana menahan lelaki berusia 30 tahun itu kerana kelakuannya menimbulkan kesangsian.

Ketika polis memeriksa lelaki itu, mereka dapati banyak kertas yang mempunyai simbol ilmu hitam dan juga tulisan azimat ditubuhnya. Lelaki itu akhirnya mengaku kesalahannya.

sumber: harian metro