Saturday, November 3, 2012

Bayi bantu Ibu bersih lantai...

Huhu comelnya... gentian mikro digunakan sebagai bahan mop pada pakaian bayi ini.

Bayi sekarang ni pon dah pandai tolong ibu bersihkan rumah... Tolong mop lantai lagi tu.. Dengan teknologi dan idea kreatif sebuah syarikat di London telah memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki. Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang. Ia adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.

Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai. Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.

Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan. “Setakat ini, maklum balas daripada pelanggan sangat positif walaupun ada sedikit e-mel negatif mengenai idea produk itu,” katanya. Bahagian pembersih pada tangan dan kaki Baby Mop diperbuat daripada bahan gentian mikro yang dilekatkan secara langsung.
 

sumber : Harian Metro

Kelebihan Seorang Isteri....


 Antara kelebihan-kelebihan seorang isteri.
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”..
 
 
sumber : http://adamnarzuan.blogspot.com/2012/07/kelebihan-seorang-isteri.html