Sunday, February 27, 2011

DEWA 19 - LARUT




Lirik Larut - Dewa 19

Mungkin aku pernah juga..
Merasakan cinta..
Tapi tak pernah..seindah ini..
Mungkin aku juga pernah
Merasakan rindu..
Tapi tak pernah
Sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah..percaya..
Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh.

Chorus:
Kuakui aku telah larut
Larut ke dalam
Kamu yang kucintai

Wednesday, February 23, 2011

Nak pilih Pelamin yang mana satu??



Hanya sekadar nak usha-usha jer pelamin nih!! tengok-tengok kot lah ada yang berkenan boleh tempah nanti..emmm boleh tahan cantik jugak tuh..



suker color pink..kalau boleh nak tema color pink putih..(kalu buleh..insyaallah) nampak sangat meriah & comei..design mesti yang simple, menarik & tertarik..harga haruslah berpatutan tak moh yang mahal-mahal sangat..(berjimat cermat)

saje nak tengok2 jer nih..xde pape lah..lom nak kawin lg..lom ada calon..(calon2 sdang di interview)

Monday, February 21, 2011

menipu??



Mungkin ramai (kot..) yang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah..(dosa tau..tipu sunat tak pe..peace!!) tapi waktu seseorang berbohong kita biasanya boleh perhati dari fiziknya. Salah satu adalah dengan mengamati mata lawan bicara kita. Mengapa cam tu?
Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang tidak betul atau dikenali sebagai TIPU..(dlm ternet cam ne nak tgok mata org tu gerak ke kiri @ kanan??>>yg tu xleh nak tolong ler).. Hal ini karena bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreatifitas. Maka dgn sbb itu, bila bola mata ke kiri, bererti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. Sebabnya bahagian kreatifitasnya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Jom baca Ciri2  lain ketika seseorang sedang berbohong :
  • Badan berkeringat.
  • Napas mulai berat..(dup dap..dup dap)
  • Nada suara berbeza seperti meninggi atau monurun.
  • Badan dan wajah terlihat kaku khususnya bahagian dahi dan bibir.
  • Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
  • Si pembohong tanpa disedari akan meletakkan benda-benda seperti  kertas,pen, atau benda2 lain sebagai pembatas.
  • cuba ubah topik pembicaraan, jika tindakbalasnya terlihat lega, bererti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, bererti ia sedang berkata jujur...( go baby go..)

Sunday, February 20, 2011

sayang kereta dari diri sendiri?


RAMAI tidak sedar mereka sebenarnya lebih sayang kepada kereta daripada diri sendiri. Eh... ramai tidak mengaku? Baiklah, berapa kerap anda menghantar kereta untuk diservis supaya ia sentiasa dalam keadaan baik? dan ada pula yang lebih bergantung kepada jenis minyak pelincir digunakan.

Sekarang jawab soalan ini dengan jujur. Berapa kerap anda ‘servis’ diri sendiri iaitu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan badan, gigi dan mendapatkan suntikan vaksin yang disarankan?
Atau sekurang-kurangnya melakukan ‘servis’ ringkas setiap hari dengan bersenam 20 hingga 30 minit, menjaga makan dan mendapat rehat secukupnya? Setahun sekali atau beberapa tahun sekali, itu pun apabila berasa tidak sihat?

Umur yang muda dan ‘rasa sihat’ tidak boleh dijadikan penentu bahawa kita benar-benar sihat kerana banyak penyakit bersarang dalam diam dan tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah ia menjadi serius.

Tahukah anda, gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan antara laluan pantas ke arah penuaan..Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan tetapi mampu diperlahankan. Apabila umur meningkat, seluruh badan kita mengalami pelbagai perubahan di segi fizikal, psikologi dan emosi.

Antara perubahan ini ialah penglihatan semakin kabur, semua organ dalam badan (sendi, tulang, jantung, hati dan sebagainya) mula ‘mengecut’ dan fungsinya menurun perlahan-lahan; kulit mengendur dan kering; lemak mula berkumpul dalam badan; otot menjadi lebih kecil, berat badan bertambah; ketumpatan tulang menyusut dan mendedahkan seseorang kepada risiko osteoporosis; pendengaran merosot dan tindak balas menjadi lebih perlahan kerana deria penglihatan dan dengar merosot.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Thursday, February 17, 2011

aku terima

"Sekiranya seseorang telah hadir dalam hidup ku dan menjadi sebahagian daripada ku, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi meninggalkan ku, maka janganlah terlalu sedih wahai hati.. terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan ku..."

Inginkan sekuntum cinta
Amat sukar dirasa
Pabila ada… perlu dibaja
Pabila tiada.. hilang warna..suram dunia..

Cinta antara manusia sememangnya tidak kekal
Apatah lagi jika hati sentiasa nakal
Ada saja peluang semua nak sambar
Nilai cinta pun menjadi hambar..

Maka.. cintailah Allah SWT itu yg mulia
Nikmat kurniaaNya tidak terkira
Dunia akhirat kita bahagia
Di dalam naungan kasih sayangNYA..

"Kadang-kadang Allah SWT sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Lalu kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari itu, rupa-rupanya Allah SWT hendak memberikan kita pelangi.."

Wednesday, February 16, 2011

guna Facebook, Twitter kesan penjenayah

LONDON: Polis Britain akan melatih anggotanya untuk menjejak penjenayah dengan kaedah lebih canggih melalui latihan terbarunya. Jurucakap polis berkata, antara kaedah diajar kepada 3,500 pelatih baru itu adalah cara mengesan penjenayah di laman sesawang Twitter dan Facebook bagi mendapatkan saksi.“Ia adalah kaedah terkini untuk memerangkap penjenayah.“Melalui pendekatan ini, polis dapat mengesan individu yang ada kaitan dengan penjenayah terbabit,” katanya.

Facebook dan Twitter sangat popular di Britain dan salah laku seseorang sering terdedah dalam akaun mereka.Ia boleh digunakan pihak berkuasa serta pendakwa mengaitkan seseorang dengan jenayah.

Melalui latihan terbaru itu, polis turut diajar bagaimana mendapatkan maklumat daripada komputer, telefon bimbit dan peralatan elektronik lain. Program itu mula diajar Januari depan. - Agensi

Monday, February 14, 2011

cal0n sUami

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Dipetik dari
Soleh.net


Sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/06/10-sifat-calon-suami-yang-baik.html

Sunday, February 13, 2011

sudah kurang selera ber_fb

Disebabkan sudah banyak cerita-cerita dan sumber-sumber yang mengatakan facebook akan ditutup pada bulan 3 ni (termasuk ada 1 perkara yg buat sy keciwa) so dengan lafaz bismillah.. saya mengambil pendekatan dari sekarang untuk tidak lagi menge "onn" fb..nak berblog ler pulak dari sekarang.. lagipun sekarang macam dah tak best jek nak post @ baca-baca post kat fb tu..nak berehat dari ber_fb dan tak nak sudah bukak fb..tak nak..tak nak..tak nakkk..huh!