"Sekiranya seseorang telah hadir dalam hidup ku dan menjadi sebahagian daripada ku, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi meninggalkan ku, maka janganlah terlalu sedih wahai hati.. terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan ku..."
Inginkan sekuntum cinta
Amat sukar dirasa
Pabila ada… perlu dibaja
Pabila tiada.. hilang warna..suram dunia..
Cinta antara manusia sememangnya tidak kekal
Apatah lagi jika hati sentiasa nakal
Ada saja peluang semua nak sambar
Nilai cinta pun menjadi hambar..
Maka.. cintailah Allah SWT itu yg mulia
Nikmat kurniaaNya tidak terkira
Dunia akhirat kita bahagia
Di dalam naungan kasih sayangNYA..
"Kadang-kadang Allah SWT sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Lalu kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari itu, rupa-rupanya Allah SWT hendak memberikan kita pelangi.."
No comments:
Post a Comment