Sunday, February 20, 2011

sayang kereta dari diri sendiri?


RAMAI tidak sedar mereka sebenarnya lebih sayang kepada kereta daripada diri sendiri. Eh... ramai tidak mengaku? Baiklah, berapa kerap anda menghantar kereta untuk diservis supaya ia sentiasa dalam keadaan baik? dan ada pula yang lebih bergantung kepada jenis minyak pelincir digunakan.

Sekarang jawab soalan ini dengan jujur. Berapa kerap anda ‘servis’ diri sendiri iaitu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan badan, gigi dan mendapatkan suntikan vaksin yang disarankan?
Atau sekurang-kurangnya melakukan ‘servis’ ringkas setiap hari dengan bersenam 20 hingga 30 minit, menjaga makan dan mendapat rehat secukupnya? Setahun sekali atau beberapa tahun sekali, itu pun apabila berasa tidak sihat?

Umur yang muda dan ‘rasa sihat’ tidak boleh dijadikan penentu bahawa kita benar-benar sihat kerana banyak penyakit bersarang dalam diam dan tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah ia menjadi serius.

Tahukah anda, gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan antara laluan pantas ke arah penuaan..Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan tetapi mampu diperlahankan. Apabila umur meningkat, seluruh badan kita mengalami pelbagai perubahan di segi fizikal, psikologi dan emosi.

Antara perubahan ini ialah penglihatan semakin kabur, semua organ dalam badan (sendi, tulang, jantung, hati dan sebagainya) mula ‘mengecut’ dan fungsinya menurun perlahan-lahan; kulit mengendur dan kering; lemak mula berkumpul dalam badan; otot menjadi lebih kecil, berat badan bertambah; ketumpatan tulang menyusut dan mendedahkan seseorang kepada risiko osteoporosis; pendengaran merosot dan tindak balas menjadi lebih perlahan kerana deria penglihatan dan dengar merosot.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

No comments: