LONDON: Polis Britain akan melatih anggotanya untuk menjejak penjenayah dengan kaedah lebih canggih melalui latihan terbarunya. Jurucakap polis berkata, antara kaedah diajar kepada 3,500 pelatih baru itu adalah cara mengesan penjenayah di laman sesawang Twitter dan Facebook bagi mendapatkan saksi.“Ia adalah kaedah terkini untuk memerangkap penjenayah.“Melalui pendekatan ini, polis dapat mengesan individu yang ada kaitan dengan penjenayah terbabit,” katanya.
Facebook dan Twitter sangat popular di Britain dan salah laku seseorang sering terdedah dalam akaun mereka.Ia boleh digunakan pihak berkuasa serta pendakwa mengaitkan seseorang dengan jenayah.
Melalui latihan terbaru itu, polis turut diajar bagaimana mendapatkan maklumat daripada komputer, telefon bimbit dan peralatan elektronik lain. Program itu mula diajar Januari depan. - Agensi

No comments:
Post a Comment