Saturday, February 12, 2011

Hanya hati budi kekal sepanjang zaman

KUALA LUMPUR: Kecantikan fizikal luaran termasuk paras bukan menjadi faktor penentu segala-galanya dalam mengekalkan hubungan suami isteri, malah hati budi dan akhlak adalah lebih penting kerana ia tidak lapuk ditelan masa.Pendakwah dan pakar motivasi, Mohd Zawawi Yusoh, berkata kecantikan dan susuk badan yang ideal adalah anugerah Allah yang sepatutnya disusuli dengan rasa kesyukuran oleh setiap individu. Menurutnya, aspek yang perlu diberi keutamaan adalah pada hati dan akhlak, bukan hanya semata-semata kepada sudut luaran yang bertukar apabila sudah dimamah usia. “Kepada wanita yang dikurniakan wajah cantik sepatutnya bersyukurlah dengan kecantikan dimiliki,” katanya, diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad, bertajuk Isteri super, semalam. Mansura Sirai, 65, yang melahirkan 23 cahaya mata termasuk enam meninggal dunia menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

No comments: