Sunday, October 23, 2011

~ Bau bAdaN TengiK !...sape ???




 
Hasil kaji selidik dilakukan No Sweat menunjukkan, 65 % rakyat Malaysia sering menjadikan faktor bau badan rakan mereka sebagai bahan berseloroh. Lebih mengejutkan, 60 % rakyat negara ini sanggup menahan nafas daripada menegur secara berterus terang mengenai bau badan orang lain...OMG...hehehe


5 mitos berkaitan peluh dan bau badan:
***************

1. Mitos: Kita hanya berpeluh pada hari panas

Hakikat: Kita mungkin berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin. Peluh berpunca daripada emosi, suhu dan pergerakan fizikal.



2. Mitos: Berpeluh sedikit tidak menyebabkan bau badan

Hakikat: Peluh tidak berbau tetapi bakteria bertindak dengan peluh dan menyebabkan bau badan. Jadi, hanya sedikit peluh mampu menyebabkan bau badan.



3. Mitos: Wangian dapat melindungi daripada bau badan

Hakikat: Tidak. Hanya deodoran anti-peluh berupaya membasmi bakteria pada permukaan kulit, justeru melindungi bau badan.



4. Mitos: Saya tidak mempunyai bau badan

Hakikat: Kajian menunjukkan kita tidak berupaya mengesan bau badan sendiri. Malah, rakan kita juga segan untuk memberitahu kita mengenainya.



5. Mitos: Deodoran tidak selamat digunakan kerana menyumbat liang roma

Hakikat: Penggunaan deodoran selamat kerana membantu menghalakan peluh ke bahagian badan lain di mana peluh dapat menyejat dengan cepat.


Bagi yang berdepan masalah bau badan, cara terbaik ialah menjaga kebersihan diri dengan mandi sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bakteria tidak akan singgah di tempat bersih. Gunakan deodoran yang mampu menghalang aktiviti pembiakan bakteria daripada bertindak balas atas permukaan kulit. Kebanyakan produk deodoran di pasaran hanya bertindak menghalang bahagian ketiak berbau, jadi bagi yang mempunyai masalah ini, guna produk mengandungi bahan anti-bakteria. Berdasarkan kajian, enam daripada 10 individu tidak menggunakan deodoran kerana beranggapan mereka tidak berpeluh hanya kerana bekerja di tempat berhawa dingin serta tidak banyak bergerak.  

Hakikatnya, anggapan itu tidak benar kerana pengeluaran peluh juga dipengaruhi perubahan emosi, suhu dan pergerakan fizikal. Aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan kafein, coklat serta makanan mengandungi unsur zink kerana ia mampu bertindak balas dan menghasilkan peluh apocrine. Produk berasaskan asid borik juga boleh mengawal bau badan kerana ia berupaya menghalang pertumbuhan bakteria pada badan. Bagaimanapun, dinasihatkan supaya menggunakannya dalam kadar diperlukan kerana penggunaan berlebihan mampu mengakibatkan kegatalan pada kulit. Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

sumber : harian metro

Saturday, October 22, 2011

Cara Letak Button "Like" pd Belog..

SaLaMm KoRaNg...



~~> Meh, Cik Lisa nak ajar cam mana nak letak button "Like" pada blog korang..Bagaimana korang nak menentukan secara rawak berapa ramai yang suka blog korang.?. Salah satu daripadanya adalah dengan meletakkan button 'like' untuk blog.

Jika tutorial meletakkan button 'like' dalam entri merujuk kepada pengunjung yang suka pada entri korang, meletakkan button 'like' ini pula akan merujuk kepada bilangan pengunjung yang suka blog korang secara keseluruhannya. KORAng boleh menggunakan kod yang diberi untuk diletakkan di sidebar blog korang
1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > add a gadget > HTML javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript
 

'


note: Gantikan URL-KORANG dengan url blog KORANG Lerr
3. Save dan lihat hasilnya....(*_*)
 

p/s: Cik Lisa Dah Try, dah jadi pon hehehe...yeayy yeayy sukernyer..Tujuan letak benda alah nih : Apabila seseorang 'like', akan keluar di wall orang yang like tentang blog KORANG dan secara tidak langsung dapat meningkatkan trafik blog KORANG LERR..SELAMAT MENCUBA...(*_,*).... 
(sy makcik baru blajar, kalu slh tlong kaborkan...peace!)








sumber : http://johanrakyat.blogspot.com/2011/02/cara-letak-button-like-untuk-blog.html

Kematian Muammar Gaddafi.

Tembakan di kepala punca kematian





MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala. Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap. Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.


Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya. “Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan. “Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.

Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas. Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters. Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

Sumber : harian metro

Tuesday, October 18, 2011

doa hadapi stressss..


"cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami") (Surah Ali-Imran: 173)
ALHAMDULILLAH....

Saturday, October 15, 2011

Rahsia gerakan jari-jemari...


1. Memicit atau suka memegang hidung
i)Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
ii)Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak tangan pada bahu kawan
i)Suka ikut kepala sendiri
ii)Pentingkan diri sendiriiii)Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

3. Bermain dgn tangannya

i)Mempunyai tahap humor yang tinggi
ii)Pandai berjenaka
iii)Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
iv)Jenis open minded
4. Mematahkan jari-jemarinya
i)Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
ii)Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
5. Menggigit kuku
i)Gugup dan gementar bila berbicara
ii)Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

6. Memintal hujung rambut
i)Suka berkhayal
ii)Sukar diperdayakan
iii)Keras kepala
7. Menongkat dagu
i)Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
ii)Suka mendengar masalah teman2
iii)Setia dlm persahabatan
8. Suka letakkan tangan atas meja
i)Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
ii)Seorang yg Peramah
iii)Suka bergantung pada orang lain
9. Menggosok 2 telapak tangan
i)Ramah dan berfikiran matang
ii)Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
iii)Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu
10. Memutar cincin
i)sangat menepati janji
ii)berhati2 dlm tutur kata
iii)gemar hidup yang teratur

sumber : http://www.teratakkasih.com


Thursday, October 13, 2011

Doa Menghindari Syaitan






Terjemahan:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia,  daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.

Tuesday, October 11, 2011

Bedah Utk Jadi SuperMan..(*,_,*)







CHAVEZ menunjukkan kepada wartawan gambarnya sebelum menjalani pembedahan.
_______________________________*****_______________________________

MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu. Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot. Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.


“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez. Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras. Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar. Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik. Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.

Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya. Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP


sumber : harian metro