1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Saturday, August 6, 2011
Sunday, May 29, 2011
Tanda-Tanda Lelaki Merajuk... (*_*)
Buat Tak Tahu..Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama..Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
Masam Muka..Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar..Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam..Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu..Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit..Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok..Macam tak pernah dapat rokok setahun........
sumber : http://www.tentangcinta.com/
Wednesday, May 11, 2011
Lilypad Floating City..
"The “Lilypad” would take advantage of all of today’s green technologies, including generating power from the sun, wind and water, and would produce zero emissions from its residents. Don’t expect to see construction on one of these anytime soon, but don’t be surprised if, like the Island Cities in Dubai, real estate starts branching out into the oceans in the next decade."
Komputer boleh membunuh..
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada di antaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku . Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat . Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.Mengapa pulmonari embolisme terjadi?Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.Simptom :
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.Pencegahan :
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah ( deep vein thrombosis ). . Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. Elakkan membuka hawa dingin pada tahap terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenamRawatan :
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya) .-litarelektrik0 9.wordpress
Tuesday, April 12, 2011
Monday, April 11, 2011
padah lepas menguap tak leh tutup mulut
LONDON: Seorang pelajar yang bosan ketika mendengar kuliah mengenai kerajaan dan politik, sangap terlalu besar hingga menyebabkan rahangnya terkehel.Rakaman mengenainya menerusi YouTube menjadi sensasi apabila ditonton sebanyak 600,000 kali.MulutHolly Thompson, 17, tidak boleh ditutup sejak dia menguap terlalu besar. Dia terpaksa dibawa ke hospital selepas rahangnya terkehel, lapor akhbar The Sun.
Pada awal kejadian, Holly meminta rakan sekelasnya untuk membantu menutup mulutnya tetapi tidak berjaya.
Jururawat sekolah melakukan segala-galanya, termasuk menggunakan air panas dan bungkusan ais untuk membetulkan rahang Holly tetapi ia tidak membantu.Holly kemudian dihantar ke Hospital Northampton.
Doktor Ejiro Obakponovwe, menggunakan 26 serpihan kayu untuk membuka mulut Holly lebih besar, cukup untuk melenguhkan otot rahang dan membenarkan pelajar itu menutup semula mulutnya.“Saya begitu terkejut. Saya sungguh malu dengan kejadian itu. Apabila menyedari saya tidak dapat menutupnya, seorang rakan memberitahu guru. Semua orang ketawa,” kata Holly. - Agensi

Apa kena mengena jam Omega ??
KUCHING: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berang apabila diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang selama ini mencetuskan tanda tanya berikutan tersebarnya video lucah yang didakwa membabitkan dirinya.“Kenapa saya perlu ‘entertain’ (layan) soalan macam ini? Nanti keluar besar-besar kata Anwar gagal jawab. Memang ada orang yang terlalu minat dengan seks dan pornografi. Awak (wartawan) tanya kenapa tak serahkan jam kepada polis.
“Tetapi, jawapan saya, bila polis minta? Polis tak minta (serahkan jam). Apapun biar polis yang tanya berhubung hal ini,” katanya.
Suasana sidang media berkenaan yang mulanya seperti biasa bertukar panas dan tegang beberapa minit sebaik wartawan bertanyakan mengenai misteri jam berkenaan sebelum Anwar terus mengarahkan kepada soalan lain yang lebih menjurus pilihan raya negeri ke-10, Sabtu ini. Berikut sesi soal jawab wartawan pada sidang media yang dihadiri Anwar, semalam. Wartawan: Datuk Seri, berkenaan video seks yang didakwa...(belum sempat dihabiskan)? Anwar: You (awak) dari mana? Apa kena mengena jam Omega. Saya tahu soalan itu nanti membantu akhbar (Utusan) dan nanti tulis besar-besar Anwar gagal jawab. Sebab apa saya kena jawab?
Wartawan: Saya media Datuk Seri. Anwar: Ya betul. Azizah (isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dah jawab. Saya datang di sini kalau betul nak cari kebenaran. Wartawan: Sebelum ini, Datin Seri Azizah kata, ada jam Omega itu dalam simpanan, tetapi setakat ini belum lagi menyerahkan kepada polis? Anwar: Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? You (awak) kata kenapa tak serah kepada polis. Soalannya, polis minta? Jawapannya polis tak minta. You please (awak tolong), you (awak) tanya soalan saya jawab.
Wartawan: Tetapi, Datuk Seri tak menjawab? Anwar: You (awak) bagi tahu polis minta, saya bagi tahu polis tak minta. Let the police ask, what is the issue (biarkan polis tanya, apa isu). The issue is the video (Isunya adalah video itu). Then you ask me the hotel (Kemudian awak tanya berkenaan hotel itu), what should me entertaining that sort of question (apakah perlu saya layan soalan seperti ini). Let the police deal with it (Biarkan polis selesaikannya). Now next question (Sekarang, soalan lain), some people (ada orang) minat dia seks dan pornografi. Don’t drag me into it (Jangan babitkan saya). You interested on blue film, you go participate (Awak berminat dengan filem lucah, teruskan).
Selepas beberapa minit soal jawab tegang itu berlangsung, Anwar mengalih kepada soalan lain dan enggan menjawab lagi soalan wartawan berkenaan berhubung jam tangan Omega. Media sebelum ini melaporkan, Wan Azizah pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, minggu lalu, juga dilaporkan kurang senang apabila wartawan bertanyakan mengenai jam Omega milik Anwar yang dikatakan diambil daripada wanita dalam video klip berkenaan. Laporan sebelum ini memetik, jam berkenaan masih ada pada Wan Azizah, tetapi apabila didesak beberapa wartawan supaya menunjukkan jam berkenaan sebagai bukti, beliau enggan dan berkata; Why I have to show...are you the presecutor? (Kenapa saya perlu tunjukkan...adakah awak pendakwa raya).

Sunday, March 20, 2011
Berhati-hati terima bakal suami
KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam menasihatkan wanita tempatan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan bagi mengelak terperangkap agenda tersembunyi bakal suami, khususnya membabitkan warga asing yang menjadi trend baru pernikahan sekarang. Beliau berkata, pernikahan hendaklah berlangsung mengikut adat dan hukum syarak serta menggunakan jurunikah bertauliah mengikut kariah masing-masing serta mengelak kahwin lari atau secara tersembunyi terutama di selatan Thailand.
“Saya dapati trend pernikahan membabitkan warga asing dan wanita tempatan di selatan Thailand semakin meningkat dan membimbangkan. Satu jalan penyelesaian perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan berkahwin di negara jiran. “Saya tidak menolak kemungkinan ramai penduduk Perlis yang bersempadan dengan Thailand turut mengambil kesempatan berkahwin di sana (selatan Thailand) kerana dianggap mudah tanpa memikirkan kesan di segi jangka panjang perkahwinan terbabit,” katanya ketika ditemui di Dewan 2020, di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/

Wednesday, March 16, 2011
Jepun : Krisis nuklear makin buruk
MANGSA tsunami masak dan makan di depan kediaman mereka yang rosak di Ishinomaki, Miyagi, semalam.
SENDAI: Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu Jumaat lalu, semalam menghamburkan radiasi berbahaya. Ia sekali gus menjejaskan pasaran saham dan mendorong orang ramai bergegas ke pasar raya untuk membeli stok makanan.
Di kebanyakan bandar, penduduk yang bimbang, menyerbu pasar raya untuk membeli bekalan makanan dan air, menyebabkan kerajaan memberi amaran tindakan mereka boleh menjejaskan usaha menghantar bantuan ke kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Namun, penduduk Tokyo memenuhi kereta api untuk ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan topeng muka dan bekalan kecemasan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan radiasi merebak ke wilayah mereka. Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, tahap radiasi di sekitar loji Fukushima 1 meningkat agak tinggi sementara ketua jurucakapnya mengumumkan ia sudah mencapai paras yang membahayakan kesihatan.
Di Tokyo, kira-kira 250 kilometer ke barat daya Sendai, pihak berkuasa juga berkata, paras radiasi yang lebih tinggi daripada biasa dikesan di ibu negara itu tetapi belum mencapai tahap berbahaya.
Monday, March 14, 2011
Hari istimewa
Terima kasih Ya Allah SWT untuk usia yang telah Engkau berikan kepada Ku saat ku dilahirkan sehingga kini. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih jua untuk setiap cubaan serta cabaran yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan pada diri ini. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu Ya Allah SWT.
Namun begitu, engkau masih menerima walau terkadang aku lupa dan alpa serta silap menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan itu.Betapa besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku seringkali merungut ketika saat-saat lemahku datang bertandang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... Lindungilah aku dan peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.Ya Allah..Terimalah permohonan hambaMu yang lemah ini..Aminnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)