Sunday, September 26, 2010

KELEBIHAN BISMILLAH



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih´


Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
- Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka
ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.´
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:
- Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.´ Selain itu Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan lain. Antaranya adalah :-

1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia
akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan
bebal.

2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kaliketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan,kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3. Apabila di baca sebanyak 1 9 kali apabila bertemu dengan orang yangberpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akanmenjadi lembut.

4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali,insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtanggatersebut.

5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit
selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.

6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklahdibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, diaakan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak100 kali pada hari ahad di saatmatahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akanmenganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan
pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selamatujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplahkebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apayang didengarnya.

10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapanorang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tundukatau ketakutan.

11. Barang siapa menulis Bismillah101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t makasebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduksebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekahsemampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membacasatu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohonkepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yangmengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.´ Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MUdengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yangtiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantukapa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nyadi langit dan di bumi. ³Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab(tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, danmengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepadapenghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, danberilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan««. ´ Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkanoleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dandipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa,disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membacaBismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannyadan membaca doa yang bererti : ´ Ya Allah, bukakanlah bagiku pinturahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keataskuperasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkanlahuntuk ku memperolehi rezeki-Mu dari sekalian makhluk-Mu,sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu´.

14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan denganmenulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepadaorang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafazBismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepadaorang sakit kepala itu.

16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan olehAllah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyangAsar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis danmenghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian,mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allahdengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akandikabulkan Oleh Allah.

17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kalidengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, makadia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketikamenghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Dari
http://blog.mixterr.com/kelebihan-bismillah/

Saturday, July 24, 2010

♥ ♥ ♥

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan


.....____________________ , ,__
....../ `---___________----_____|] - - - - -- ------>>>>> (^_^)
...../_==o;;;;;;;;_______.:/
.....), ---.(_(__) /...
....// (..) ), ----"
...//___//
..//___//
.//___//




Jangan sesekali kecewa apabila yang kita pinta dengan penuh pengharapan itu tidak dimakbulkan. Barangkali sesuatu yang lebih manis akan datang menjelma.

Friday, May 14, 2010

TIPS CINTA SUAMI ISTERI



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

~~ Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Tuesday, May 4, 2010

perancangan hidup..indahnya hidup ini..

Sebagai manusia biasa, kita sememangnya perlu tahu had kemampuan kita. Bukan mudah untuk menjaga hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun selalu terluka dan berdarah. Kadang-kala kita perlu berani dalam membuat keputusan dan begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan soal maruah diri dan masa depan kita. Perkara ini kita perlu untuk bertegas dan pertahankan. Ada masanya kita perlu bersabar dan ada masanya kita kena menyuarakan segala yang terpendam di hati.

Apa pun, kita mesti memegang prinsip bahawa kita lebih mengetahui kehendak dan kemampuan diri kita sendiri. Kita tidak mahu dibelenggu oleh kuasa lain, ini kehidupan kita. Sememangnya nilai kebebasan dalam membuat keputusan begitu mahal harganya. Cuba tanya kepada orang lain yang pernah terbelenggu kehidupan mereka sama ada oleh keluarga, bos, kawan-kawan atau pasangan hidup masing-masing . Jika kita bebas dalam hal-hal sebegini, kita akan dapat merasai satu kepuasan dan kenikmatan yang baru saja dapat dirasai dengan indahnya. Bagaikan mendapat semula kehidupan yang telah lama hilang selama ini, betapa indahnya hidup ini.....

Dalam sedar atau tidak, kebanyakkan ketidaktentuan dalam hidup ini penyebab utamanya adalah diri kita sendiri. Kita menjadi punca utama kepada kebanyakkan masalah dalam masalah hidup ini. Oleh itu, kita sepatutnya sentiasa memastikan bahawa segala perjalanan hidup kita mempunyai wawasan dan perancangan yang tersendiri dan berkesan. Sentiasa berpandangan jauh..

Lihatlah masa akan datang dengan sentiasa berpandangan jauh, cipta persediaan dan pengisian untuk hala-tuju kehidupan kita dengan jangkauan masa sepuluh tahun akan datang dan buatlah kajian setiap tahun tentang pencapaian kita. Kaji kembali kesilapan yang dibuat dan perkukuhkan segala kekuatan. Manusia seringkali gagal apabila dia tidak merancang atau tiada perancangan dan tidak pula melaksanakan apa yang dirancang selama ini. Sesungguhnya kehidupan yang tidak terancang akan memusnahkan masa depan dan kehidupan..

Wednesday, April 21, 2010

pilihan keluarga atau sendiri ??

Memang setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini termasuklah dalam soal memilih jodoh.. Ada yang berpendapat pilihan keluarga lebih baik daripada pilihan sendiri. Ada pula yang menyatakan pilihan sendiri lebih bahagia daripada pilihan keluarga.. Papepon, kalo dah jodoh tak kemana..jom kita baca pandangan mereka..


Ariey- Sa
-Ariey- Sa-
tepuk dada tanye la hati....
hehehehehehe

Iffa Halim
-Iffa Halim-
minta petunjuk dari yang maha mengetahui~

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
ikut plihn sndri.. supaya kte xkn nyesal kmudian hari

Nurul Fa Huda
-Nurul Fa Huda-
Pilihanan sendiri!!!

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
yup bt0l 2 huda...

A Rashid Ridha
-A Rashid Ridha-
ikut hati mati ikut rasa binasa lah diri,jdi kita ikutlah dr sunah nabi n buat sembahyang mintok tgok yg mana petunjuk di bagi...amiiiiiiiin

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
amin......

Mat Tat
-Mat Tat-
pilihan raya

Dawoodsha Dawood
-Dawoodsha Dawood-
pegi ke satu tempat dan berfikir....anda seorang y cemana??jenis ikot peritah@ tak?
jika ikot...anda boleh terima pilihan family,jika x...anda kena usaha org y serasi ngan anda..jika dua2 anda kompius.....saya boleh jd calonnya...agak tersusun x ayat ni..halus dan mendalam x??he3!!

Juwahir Ali
-Juwahir Ali-
Tanya diri sendiri sapa yang disayangi

Faridah Arshad
-Faridah Arshad-
ape yg penting family suka..anda suka...tapi ingat! restu ibu n ayh amat penting...............fikir-fikirkan.

Firzs Shar Reina
-Firzs Shar Reina-
yg baik ikut...yg buruk tinggal...

Hairie Hussin
-Hairie Hussin-
Apapun keputusannya.. berusahalah untuk menjadi yang terbaik pada pilihan itu.. Ada hikmah padanya..

Mohd Ibrahim Ibrahim
-Mohd Ibrahim Ibrahim-
kekayaan tuu ditangan allah...berusha dgn redha allah


Terima kasih kepada yang memberi pandangan di Facebook saya..walaupon pandangan yang tak de kaitan ngan tajuk tapi saya masukkan jugak kat sini..ha2..papepon anda semua memang hebat !! peace..

Monday, April 5, 2010

jiwa ahli arkeologi

Suami yang paling baik bagi seorang isteri ialah suami yang bersikap seperti seorang ahli arkeologi. Maksudnya, semakin meningkat umur pasangannya itu, semakin cinta serta sayang suaminya pada isterinya itu. Dengan itu disarankan kepada para suami untuk sentiasa berjiwa seperti seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan mereka akan menjadi semakin bahagia. Kenapa??? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai dalam hidupnya serta semakin mahal, bukankah menurut ahli arkeologi semakin berusia & semakin tua sesuatu barang itu maka ia akan menjadi semakin antik & mahal.. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk sentiasa berjiwa seperti ahli arkeologi wanita. Ini bermakna, semakin berusia suaminya maka ia semakin marak rasa cinta & sayang pada suaminya itu.....peace!!

Saturday, April 3, 2010

Cerita Mistik.....

Cakap Besar Punca Dirasuk Hantu…


Hafiz dan rakan-rakan sememangnya sudah lama merancang untuk berkhemah di puncak gunung dan mahu menghirup udara yang nyaman ketika berada di puncak gunung itu nanti. Tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan tugasan serta persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi berkhemah selepas selesai menghantar tugasan iaitu selepas tamat peperiksaan.


Hari yang di tunggu-tunggu kini sudah tiba, mereka menyiapkan diri serta barang-barang yang mahu dibawa bersama seperti khemah, barang-barang makanan,masakan, pakaian, dan sebagainya. Mereka pergi bersama enam orang teman baik yang sama-sama menuntut di universiti yang sama.


Antara enam orang teman ini, salah seorangnya adalah bernama Zainal yang sering dikenali seorang yang suka bercakap besar dan juga dikenali mulut celupar di kalangan teman-temannya, namun disebabkan sikapnya yang ramah, suka menolong kawan-kawan serta suka berjenaka dia disenangi oleh rakan-rakanya itu. Lagipun cadangan untuk pergi berkhemah ini adalah datangnya dari Zainal yang beria-ria mahu menikmati suasana di puncak gunung yang nyaman dan tenang. Katanya lagi, dia turut mahu berjumpa dengan hantu-hantu di puncak gunung itu nanti. Walaupun kata-katanya hanyalah sekadar gurauan, namun kawan-kawannya selalu menasihatinya supaya tidak bercakap sedemikian takut perkara tak diingini berlaku ketika mereka berada di puncak gunung itu nanti. Nasihat kawan-kawannya sedikit pun tidak dipedulikan malah dia merasa bangga bercakap sedemikian.


Tiba di kaki gunung mereka terus mendaki, kira-kira dua jam pendakian mereka sampai di puncak gunung yang terletak di sebuah negeri iaitu di Selangor. Pemandangan yang menenangkan di puncak gunung itu benar-benar telah menghilangkan rasa penat mereka semasa pendakian itu tadi. Tanpa berlengah mereka membahagikan tugas masing-masing. Zainal dan Hafiz ditugaskan mencari kayu api sementara Ali dan Khairul ditugaskan memasang khemah dan Syam serta Dani pula perlu menyediakan makanan untuk mereka makan setelah penat mendaki


Ketika dalam perjalanan mencari kayu api untuk dijadikan uggun dan memasak, Zainal sekali lagi bercakap besar iaitu dia berkata bahawa hantu-hantu di hutan itu takut padanya sebab itulah tiada hantu yang kelihatan atau tiada hantu pun yang berani mengganggu dia. Kata-katanya itu benar-benar membuatkan Hafiz jadi kecut perut, sambil berjalan dan mengumpul kayu api Zainal mengulangi kata-kata itu sambil ketawa. Hafiz yang berada disebelahnya hanya sesekali mampu membebel, namun tidak dipedulikan oleh Zainal.Setelah selesai mengumpul kayu api mereka bergerak pulang ke khemah tetapi Zainal mengadu bahawa dia penat dan mahu berehat sebentar. Kebetulan tempat yang mereka mahu berehat itu berhampiran sebatang pohon pokok yang rendang serta besar, hanya sempat beberapa minit berehat di situ Hafiz terus mengajak Zainal pulang kerana bimbang kawan-kawannya menunggu kayu api yang mereka cari itu untuk memasak. Namun dalam hati Hafiz sebenarnya dia takut berada berhampiran dengan pohon pokok yang rendang serta besar itu kerana bentuknya seolah-olah bentuk seperti makhluk yang besar serta menyeramkan.


Tidak seperti biasanya Zainal akan membantah ajakan kawannya itu tetapi zainal hanya menurut sahaja tanpa bercakap sepatah pun. Semasa perjalanan pulang ke khemah itu Hafiz merasakan meremang bulu romanya berjalan dengan Zainal dan dia melihat Zainal hanya terdiam dan matanya kemerah-merahan serta matanya melilau-lilau memandang di atas pohon-pohon pokok yang tinggi. Terkumat-kamit mulut Hafiz membacakan potongan ayat-ayat Al-Quran kerana dia merasa tidak sedap hati dan resah. Akhirnya mereka berdua sampai ke tapak khemah dan Hafiz terus meluru kearah Syam dan Dani yang sedang memasak.

Sedang asyik mereka berbual-bual tiba-tiba terdengar jeritan Zainal yang sedang marah serta meracau-racau. Jeritannya itu sungguh menakutkan apabila sesekali suaranya bertukar menjadi kasar dan kuat. Kesemua rakan-rakan yang lain terus bergegas menuju kearah Zainal yang kelihatan meracau-racau itu. Mereka cuba untuk menenagkan Zainal namun kekuatan Zainal ketika itu mengatasi mereka semua. Melihat keadaan yang semakin menakutkan itu, Khairul yang sememangnya mempunyai pengalaman membantu membaik-pulih orang-orang yang dirasuk mula membantu memulihkan Zainal yang menjerit serta meronta-ronta tanpa kawalan. Keadaan dilihat semakin tidak terkawal, maka mereka terpaksa mengambil keputusan untuk keluar dari hutan itu bagi mendapatkan bantuan. Kebetulan sebelum memasuki hutan itu, mereka telah pun melaporkan akan hasrat mereka untuk berkhemah di situ. Hanya Syam dan Dani sahaja yang keluar meandapatkan bantuan, manakala yang lain membantu Khairul memulihkan keadaan Zainal. Beberapa minit perjalanan Syam dan Dani bertembung dengan tiga orang lelaki yang bernama Pak Harun, Pak Majid dan Wak jo yang sedang mencari madu lebah hampir dengan kawasan tapak perkhemahan mereka . Setelah Syam dan Dani memperkenalkan diri serta memberitahu keadaan Zainal yang agak menakutkan, Ketiga-tiganya bersetuju untuk membantu mereka.


Apabila mereka sampai di kawasan perkhemahan tersebut, mereka melihat keadaan Zainal yang semakin tidak terkawal apatah lagi dengan kehadiran tiga orang tersebut. Pak Harun yang sudah biasa dengan keadaan tersebut mula terkumat- kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta menyuruh mereka semua memegang Zainal yang sedang meronta dan menjerit-jerit tanpa hujung pangkal, dengan erat mereka semua memegang Zainal bagi mengelakkan dia daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Hampir satu jam ‘bertarung’, akhirnya mereka melihat Zainal mula longlai dan akhirnya jatuh pengsan. Setelah itu, Pat Harun menyapukan air yang dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran pada wajah Zainal dan dia mula membuka mata.


Dalam keadaan kebingungan dan kepenatan, Zainal bertanyakan pada rakannya kenapa mereka semua berada disebelah dengannya. Zainal turut bertanya siapakah gerangan ketiga-tiga orang yang dia tidak kenali itu. Setelah pulih Zainal diberitahu oleh Pak Harun bahawa dia telah disampuk hantu ketika mencari kayu api sebentar tadi. Mendengarkan kisah itu menjadikan Zainal benar-benar takut dan insaf dan selepas itu Zainal mula memohon maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi sikapnya yang suka bercakap besar dan celupar itu. Sejak berlakunya kejadian itu, Zainal tidak lagi suka bercakap besar, dia sedar bahawa padahnya amat buruk jika suka bercakap besar dan sentiasa menjaga percakapannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa…..Sekian..