Wednesday, April 21, 2010

pilihan keluarga atau sendiri ??

Memang setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini termasuklah dalam soal memilih jodoh.. Ada yang berpendapat pilihan keluarga lebih baik daripada pilihan sendiri. Ada pula yang menyatakan pilihan sendiri lebih bahagia daripada pilihan keluarga.. Papepon, kalo dah jodoh tak kemana..jom kita baca pandangan mereka..


Ariey- Sa
-Ariey- Sa-
tepuk dada tanye la hati....
hehehehehehe

Iffa Halim
-Iffa Halim-
minta petunjuk dari yang maha mengetahui~

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
ikut plihn sndri.. supaya kte xkn nyesal kmudian hari

Nurul Fa Huda
-Nurul Fa Huda-
Pilihanan sendiri!!!

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
yup bt0l 2 huda...

A Rashid Ridha
-A Rashid Ridha-
ikut hati mati ikut rasa binasa lah diri,jdi kita ikutlah dr sunah nabi n buat sembahyang mintok tgok yg mana petunjuk di bagi...amiiiiiiiin

Yusaify Epy
-Yusaify Epy-
amin......

Mat Tat
-Mat Tat-
pilihan raya

Dawoodsha Dawood
-Dawoodsha Dawood-
pegi ke satu tempat dan berfikir....anda seorang y cemana??jenis ikot peritah@ tak?
jika ikot...anda boleh terima pilihan family,jika x...anda kena usaha org y serasi ngan anda..jika dua2 anda kompius.....saya boleh jd calonnya...agak tersusun x ayat ni..halus dan mendalam x??he3!!

Juwahir Ali
-Juwahir Ali-
Tanya diri sendiri sapa yang disayangi

Faridah Arshad
-Faridah Arshad-
ape yg penting family suka..anda suka...tapi ingat! restu ibu n ayh amat penting...............fikir-fikirkan.

Firzs Shar Reina
-Firzs Shar Reina-
yg baik ikut...yg buruk tinggal...

Hairie Hussin
-Hairie Hussin-
Apapun keputusannya.. berusahalah untuk menjadi yang terbaik pada pilihan itu.. Ada hikmah padanya..

Mohd Ibrahim Ibrahim
-Mohd Ibrahim Ibrahim-
kekayaan tuu ditangan allah...berusha dgn redha allah


Terima kasih kepada yang memberi pandangan di Facebook saya..walaupon pandangan yang tak de kaitan ngan tajuk tapi saya masukkan jugak kat sini..ha2..papepon anda semua memang hebat !! peace..

Monday, April 5, 2010

jiwa ahli arkeologi

Suami yang paling baik bagi seorang isteri ialah suami yang bersikap seperti seorang ahli arkeologi. Maksudnya, semakin meningkat umur pasangannya itu, semakin cinta serta sayang suaminya pada isterinya itu. Dengan itu disarankan kepada para suami untuk sentiasa berjiwa seperti seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan mereka akan menjadi semakin bahagia. Kenapa??? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai dalam hidupnya serta semakin mahal, bukankah menurut ahli arkeologi semakin berusia & semakin tua sesuatu barang itu maka ia akan menjadi semakin antik & mahal.. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk sentiasa berjiwa seperti ahli arkeologi wanita. Ini bermakna, semakin berusia suaminya maka ia semakin marak rasa cinta & sayang pada suaminya itu.....peace!!

Saturday, April 3, 2010

Cerita Mistik.....

Cakap Besar Punca Dirasuk Hantu…


Hafiz dan rakan-rakan sememangnya sudah lama merancang untuk berkhemah di puncak gunung dan mahu menghirup udara yang nyaman ketika berada di puncak gunung itu nanti. Tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan tugasan serta persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi berkhemah selepas selesai menghantar tugasan iaitu selepas tamat peperiksaan.


Hari yang di tunggu-tunggu kini sudah tiba, mereka menyiapkan diri serta barang-barang yang mahu dibawa bersama seperti khemah, barang-barang makanan,masakan, pakaian, dan sebagainya. Mereka pergi bersama enam orang teman baik yang sama-sama menuntut di universiti yang sama.


Antara enam orang teman ini, salah seorangnya adalah bernama Zainal yang sering dikenali seorang yang suka bercakap besar dan juga dikenali mulut celupar di kalangan teman-temannya, namun disebabkan sikapnya yang ramah, suka menolong kawan-kawan serta suka berjenaka dia disenangi oleh rakan-rakanya itu. Lagipun cadangan untuk pergi berkhemah ini adalah datangnya dari Zainal yang beria-ria mahu menikmati suasana di puncak gunung yang nyaman dan tenang. Katanya lagi, dia turut mahu berjumpa dengan hantu-hantu di puncak gunung itu nanti. Walaupun kata-katanya hanyalah sekadar gurauan, namun kawan-kawannya selalu menasihatinya supaya tidak bercakap sedemikian takut perkara tak diingini berlaku ketika mereka berada di puncak gunung itu nanti. Nasihat kawan-kawannya sedikit pun tidak dipedulikan malah dia merasa bangga bercakap sedemikian.


Tiba di kaki gunung mereka terus mendaki, kira-kira dua jam pendakian mereka sampai di puncak gunung yang terletak di sebuah negeri iaitu di Selangor. Pemandangan yang menenangkan di puncak gunung itu benar-benar telah menghilangkan rasa penat mereka semasa pendakian itu tadi. Tanpa berlengah mereka membahagikan tugas masing-masing. Zainal dan Hafiz ditugaskan mencari kayu api sementara Ali dan Khairul ditugaskan memasang khemah dan Syam serta Dani pula perlu menyediakan makanan untuk mereka makan setelah penat mendaki


Ketika dalam perjalanan mencari kayu api untuk dijadikan uggun dan memasak, Zainal sekali lagi bercakap besar iaitu dia berkata bahawa hantu-hantu di hutan itu takut padanya sebab itulah tiada hantu yang kelihatan atau tiada hantu pun yang berani mengganggu dia. Kata-katanya itu benar-benar membuatkan Hafiz jadi kecut perut, sambil berjalan dan mengumpul kayu api Zainal mengulangi kata-kata itu sambil ketawa. Hafiz yang berada disebelahnya hanya sesekali mampu membebel, namun tidak dipedulikan oleh Zainal.Setelah selesai mengumpul kayu api mereka bergerak pulang ke khemah tetapi Zainal mengadu bahawa dia penat dan mahu berehat sebentar. Kebetulan tempat yang mereka mahu berehat itu berhampiran sebatang pohon pokok yang rendang serta besar, hanya sempat beberapa minit berehat di situ Hafiz terus mengajak Zainal pulang kerana bimbang kawan-kawannya menunggu kayu api yang mereka cari itu untuk memasak. Namun dalam hati Hafiz sebenarnya dia takut berada berhampiran dengan pohon pokok yang rendang serta besar itu kerana bentuknya seolah-olah bentuk seperti makhluk yang besar serta menyeramkan.


Tidak seperti biasanya Zainal akan membantah ajakan kawannya itu tetapi zainal hanya menurut sahaja tanpa bercakap sepatah pun. Semasa perjalanan pulang ke khemah itu Hafiz merasakan meremang bulu romanya berjalan dengan Zainal dan dia melihat Zainal hanya terdiam dan matanya kemerah-merahan serta matanya melilau-lilau memandang di atas pohon-pohon pokok yang tinggi. Terkumat-kamit mulut Hafiz membacakan potongan ayat-ayat Al-Quran kerana dia merasa tidak sedap hati dan resah. Akhirnya mereka berdua sampai ke tapak khemah dan Hafiz terus meluru kearah Syam dan Dani yang sedang memasak.

Sedang asyik mereka berbual-bual tiba-tiba terdengar jeritan Zainal yang sedang marah serta meracau-racau. Jeritannya itu sungguh menakutkan apabila sesekali suaranya bertukar menjadi kasar dan kuat. Kesemua rakan-rakan yang lain terus bergegas menuju kearah Zainal yang kelihatan meracau-racau itu. Mereka cuba untuk menenagkan Zainal namun kekuatan Zainal ketika itu mengatasi mereka semua. Melihat keadaan yang semakin menakutkan itu, Khairul yang sememangnya mempunyai pengalaman membantu membaik-pulih orang-orang yang dirasuk mula membantu memulihkan Zainal yang menjerit serta meronta-ronta tanpa kawalan. Keadaan dilihat semakin tidak terkawal, maka mereka terpaksa mengambil keputusan untuk keluar dari hutan itu bagi mendapatkan bantuan. Kebetulan sebelum memasuki hutan itu, mereka telah pun melaporkan akan hasrat mereka untuk berkhemah di situ. Hanya Syam dan Dani sahaja yang keluar meandapatkan bantuan, manakala yang lain membantu Khairul memulihkan keadaan Zainal. Beberapa minit perjalanan Syam dan Dani bertembung dengan tiga orang lelaki yang bernama Pak Harun, Pak Majid dan Wak jo yang sedang mencari madu lebah hampir dengan kawasan tapak perkhemahan mereka . Setelah Syam dan Dani memperkenalkan diri serta memberitahu keadaan Zainal yang agak menakutkan, Ketiga-tiganya bersetuju untuk membantu mereka.


Apabila mereka sampai di kawasan perkhemahan tersebut, mereka melihat keadaan Zainal yang semakin tidak terkawal apatah lagi dengan kehadiran tiga orang tersebut. Pak Harun yang sudah biasa dengan keadaan tersebut mula terkumat- kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta menyuruh mereka semua memegang Zainal yang sedang meronta dan menjerit-jerit tanpa hujung pangkal, dengan erat mereka semua memegang Zainal bagi mengelakkan dia daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Hampir satu jam ‘bertarung’, akhirnya mereka melihat Zainal mula longlai dan akhirnya jatuh pengsan. Setelah itu, Pat Harun menyapukan air yang dibaca dengan ayat-ayat suci Al-Quran pada wajah Zainal dan dia mula membuka mata.


Dalam keadaan kebingungan dan kepenatan, Zainal bertanyakan pada rakannya kenapa mereka semua berada disebelah dengannya. Zainal turut bertanya siapakah gerangan ketiga-tiga orang yang dia tidak kenali itu. Setelah pulih Zainal diberitahu oleh Pak Harun bahawa dia telah disampuk hantu ketika mencari kayu api sebentar tadi. Mendengarkan kisah itu menjadikan Zainal benar-benar takut dan insaf dan selepas itu Zainal mula memohon maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi sikapnya yang suka bercakap besar dan celupar itu. Sejak berlakunya kejadian itu, Zainal tidak lagi suka bercakap besar, dia sedar bahawa padahnya amat buruk jika suka bercakap besar dan sentiasa menjaga percakapannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa…..Sekian..