Monday, October 29, 2012

Beberapa Nasihat Wanita Yang Berjaya...



Ummu Mu’ashirah menasihati puterinya sambil menangis dan tersenyum: “Wahai puteriku, engkau telah menghadapi hidup baru. Hidup yang bapa dan ibumu tidak mendapat tempat, begitu juga salah seorang dari saudaramu. Dalam dunia itu engkau akan menjadi teman setia bagi suamimu. Suamimu tidak akan redha jika ada orang lain yang ikut campur dalam urusanmu dan suamimu, walaupun mereka yang masih memiliki hubungan darah denganmu…”

“ Jadilah seorang isteri baginya dan jadilah seorang ibu baginya… Jadikanlah dia merasakan bahawa kamu adalah segala sesuatu baginya dalam hidup dan segala sesuatu baginya dalam dunianya… Ingatlah bahawa seorang lelaki pada umumnya adalah seorang bayi yang besar… Hanya sedikit kalimah yang manis akan membahagiakannya. Jangan sekali-kali menyebabkan dia merasa bahawa pernikahannya denganmu telah menghalangimu dari keluarga dan kerabatmu. Sesungguhnya perasaan seperti ini juga dirasakan oleh suamimu, kerana dia juga telah meninggalkan keluarga dan kerabatnya untukmu…

 Hanya berbeza antara dia dengan dirimu adalah perbezaan perasaan antara lelaki dengan perempuan. Perempuan biasanya selalu rindu kepada keluarga dan rumah yang telah melahirkan, membesarkan dan memberinya pelajaran… Namun, bagaimanapun seorang perempuan harus membiasakan diri untuk kehidupannya yang baru… Dia harus berusaha mengaturkan hidupnya bersama lelaki yang telah dipilihnya sebagai suami, pelindung dan ayah  dari anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru…”

“ Wahai puteriku, inilah masa kini dan masa mendatangmu. Inilah keluargamu yang akan kamu bangun bersama dengan suamimu. Sesungguhnya ibu tidak meminta kepadamu agar melupakan ayah dan ibumu serta saudara-saudaramu, kerana sesungguhnya mereka tidak akan melupakanmu selamanya, wahai sayangku.. Bagaimana boleh seorang ibu melupakan belahan hatinya?? Akan tetapi, ibu meminta kepadamu agar cintailah suamimu, hiduplah bersamanya, dan jalanilah hidupmu dengan bahagia bersamanya…